5 Tips Mudah Galakkan Anak Minum Air Kosong Dengan Rela Hati

Created with Sketch.

5 Tips Mudah Galakkan Anak Minum Air Kosong Dengan Rela Hati

Galakkan Anak Minum Air Kosong
Galakkan anak minum air kosong perlu dimulakan sejak anak-anak kita kecil lagi. Sebagai ibu kita perlu ingatkan anak-anak supaya kerap minum air supaya mereka tak lupa.
Anak-anak saya juga begitu. Mereka akan mintak air bila mereka betul-betul rasa kering tekak.
Kebiasaannya apa yang saya buat adalah saya cuba pastikan mereka minum air kosong setiap sejam. Tapi kadang-kadang kalau saya sibuk sangat tak pun kelam kabut dengan urusan lain terbabas juga.
Anak anda ada masalah mahu minum air kosong? Saya kongsikan 5 Tips Mudah Galakkan Anak Minum Air Kosong Dengan Rela Hati.

Tips #1

Pastikan kita dan si kecil minum segelas air sejurus bangun daripada tidur pada waktu pagi. Jadikan ini satu amalan dan tabiat keluarga.

Tips #2

Bawa botol air kecil di dalam beg ke mana sahaja. Saya sendiri memang bawa botol air kemana-mana pun. Ibu menyusukan bayi ni kerap sahaja haus. Jadi anak-anak pun tumpang sekali.

Tips #3

Jadikan tabiat untuk minum segelas air putih dengan setiap hidangan makanan. Dengan erti kata lain, elakkan membancuh air manis seperti sirap dan oren pada waktu makan.

Tips #4

Ingatlah minum air sebelum rasa haus. Badan sebenarnya sudah mengalami tanda-tanda dehidrasi sekiranya tekak terasa kering dan dahaga.
Ibu-ibu harus mengambil berat pengambilan air terutama sekali jika cuaca panas, anak-anak bersukan, bermain di bawah cahaya matahari dan demam. Dehidrasi sangat bahaya kerana boleh mengganggu fungsi sistem badan. Ketahui 6 Kepentingan Minum Air Kosong Bagi Pastikan Organ Badan Tak Rosak.

Tips #5

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air dalam sehari. Berikut 6 Tips Mudah Minum Air Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar.
Selain itu, anda boleh menarik minat anak-anak untuk minum air dengan cara membeli botol air khas untuk mereka. Anda boleh membawa mereka ke pasaraya dan membiarkan mereka memilihnya sendiri. Pasti mereka teruja!

Di rumah pula saya memang khaskan sebuah jag kecil dan cawan bercorak kartun untuk Aryan dan Aqif minum. Mereka akan menuang sendiri air kosong dan minum apabila mereka perlukan.

Saya pun boleh fokus pada kerja-kerja lain. Selain memberi mereka peluang minum air, secara tak langsung saya meningkatkan kemahiran motor mereka untuk fokus ketika menuang. Jadi mereka jadi lebih semangat untuk minum.

Alternatif bagi cara di atas, ibu-ibu juga boleh letakkan air kosong atau botol kecil di tempat yang senang di capai oleh anak-anak. Jadinya bila mereka ternampak air tersebut, mereka akan kerap minum.

Itu saja perkongsian saya buat kali ini. Semoga anda dapat melatih anak anda minum air kosong dengan teratur. Jika anda dapati air kencing anak anda terlalu pekat dan kuning, itu tandanya mereka perlukan lebih air kosong. Selamat mempraktikkan tips di atas ya.

Semoga bermanfaat.

SHAKLEE DISTRIBUTOR & BUSINESS MENTOR

Founder #TeamDIVA

Riza Afzan

012-4637064

Pengedar Bebas Shaklee (No ID : 868991)

Penghantaran ke Seluruh Malaysia

COD di sekitar Taiping, Simpang dan Kamunting

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com