6 Tips Cepat Pulih Dari Stroke Supaya Orang Yang Anda Sayang Kembali Sihat

Created with Sketch.

6 Tips Cepat Pulih Dari Stroke Supaya Orang Yang Anda Sayang Kembali Sihat

Strok atau angin ahmar adalah satu serangan yang sangat kita ketahui. Tapi bagi yang mengalaminya, pastinya kita mahu cepat pulih dari stroke. Tapi adakah ada Tips Cepat Pulih Dari Stroke yang boleh diamalkan?

Rawatan Stroke Yang Terbaik?
Jawapannya mudah, anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk pulih dengan cepat dari stroke jika anda mendapat rawatan daripada Doktor Perubatan kurang 30 minit daripada masa serangan stroke. Lagi cepat lagi bagus!!! Itu asas yang anda perlu tahu. No questions asked 🙂

Tips Cepat Pulih Dari Stroke 

1. Patuhi rawatan yang ditetapkan oleh Doktor anda
Ini adalah perkara paling penting bagi SEMUA pesakit stroke. Makan semua ubat dan patuhi semua pantang larang yang telah ditetapkan oleh doktor anda sehingga rawatan selesai.

Semua rawatan ini telah dikaji dengan teliti bagi mengurangkan risiko serangan stroke anda berulang tau. Jadi jangan memandai-mandai nak jadi doktor dan buat keputusan yang boleh bahayakan diri anda sendiri.
KEMUDIAN BARU ANDA BOLEH CUBA TIPS-TIPS INI

2. Amalkan pemakanan yang sihat
Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang supaya tubuh anda menjalankan tugasnya untuk mempercepatkan proses pemulihan tubuh anda.

Faktanya mudah, jika anda makan, makanan anda akan menjadi “minyak” bagi tubuh anda. Bila anda ada “minyak”, barulah badan anda boleh hasilkan tenaga. Bila dah ada tenaga, baru la sel-sel baru senang nak tumbuh. Semudah itu tau.
Tapi pastikan ia seimbang ya. Bincang dengan “dietician” tentang makanan yang boleh anda ambil. Yag pastinya, amalkan tips #sukusukuseparuh yang dicadangkan oleh KKM.
3. Buat Fisioterapi
Rasanya ini yang ramai yang ngelat. Katanya tak sesuai la, sakit la, dan macam-macam alasan lagi. 

Bagi yang menjaga pesakit stroke, cuba dapatkan bantuan “physioterapist” yang boleh datang ke rumah. Atur jadual supaya ia dilakukan tanpa membebankan pesakit. Yang penting, KONSISTEN!

Fisioterapi membantu memulihkan kekuatan otot serta mempercepatkan masa untuk pesakit kembali melakukan aktiviti hariannya.
4. Urutan Melayu atau Akupunktur
Anda pernah tengok pesakit stroke? Pasti anda boleh perasan perbezaan fizikal mereka bukan? Tangan atau kaki menjadi kejang dan macam-macam lagi.

Dari sudut rawatan komplimentari sepertimana yang dilaksanakan di bawah hospital kerajaan, urutan atau akupunktur boleh dilaksanakan DENGAN KEBENARAN DOKTOR YANG MERAWAT terlebih dahulu.

Dalam bahasa yang mudah, urutan dan akupunktur boleh dilakukan sebagai usaha untuk “melembutkan kembali urat-urat yang tegang akibat stroke”. Apabila keadaan ini berjaya dipulihkan, insyaAllah keadaan pesakit akan bertambah baik.
5. Nutrisi Yang Lengkap
Sel yang rosak perlu diganti dengan sel-sel baru. Namun, untuk ia berlaku, tubuh perlu dalam keadaan terbaik. Untuk lakukannya, pastikan anda bekalkan ia dengan “makanan” yang terbaik.

Tidak dinafikan, nutrisi boleh diperoleh daripada diet harian. Namun, adakah ia mencukupi? Dan persoalan yang paling penting, adakah makanan yang dimakan mengandungi nutrisi yang tinggi?

Jadi, jalan terbaik adalah untuk mengambil suplemen bagi memastikan nutrien yang diperlukan mencukupi bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan cepat.
6. Sokongan Moral
Semua di atas tidak akan berkesan tanpa sokongan moral daripada keluarga terdekat. Dapatkan bantuan kaunselor atau kumpulan sokongan untuk teknik yang betul.

Tips : Gunakan aktiviti hariannnya untuk naikkan motivasi pesakit untuk sembuh. Contohnya, jika pesakit sebelum diserang stroke kerap ke masjid 5 kali sehari, ingatkannya untuk terus bersemangat buat semua tips-tips ini supaya dia dapat kembali kepada rutinnya. Percaya atau tidak, inilah yang saya dan adik beradik lakukan sehingga abah kembali sihat selepas setahun terbaring.

Ikhtiar Tingkatkan Kualiti Kesihatan Untuk Pesakit Stroke


Ini kisah perkongsian Puan Hafza Aein tentang suaminya yang menghidapi stroke dan kesan selepas ikhtiar dengan Vivix.

Ia bermula pada April 2014, apabila menghadapi stroke doktor mengesahkan otak kirinya membengkak dengan cepat. Hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Saya bersetuju tanpa berfikir panjang kerana tiada pilihan lain.

Pada Mei 2014, suami saya masih tidak sedar dan doktor memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami. Sama ada tidak dapat mengingat siapa diri dia dan ahli keluarga, atau boleh mengingat tapi cepat lupa ataupun mengalami masalah pertuturan.

Alhamdulillah, Allah Maha Besar. Bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga. Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Mulai dari itu, saya cuba bagi dia Vivix setiap malam 1 sudu kecil untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun saya berikan Vivix, pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap. Suka saya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee sebab bantu proses penyembuhan suami saya.

Dapatkan Vivix Sekarang!
Cara 1 :
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang
Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Ini kerana Shaklee mungkin ada promosi terbaik untuk anda bulan ini.
Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..