11 Tanda Hamil Yang Wanita Patut Tahu Dan Bersedia Awal

Created with Sketch.

11 Tanda Hamil Yang Wanita Patut Tahu Dan Bersedia Awal

Saya ingat lagi masa mula-mula mengandung dulu, setiap hari saya rasa nak demam. Balik kerja je mesti badan rasa seram sejuk. Memang siap berselimut sampai suami pun pelik. Makan ubat alhamdulillah ok.
Minggu depannya jadi lain pulak. Saya jadi panas membahang berpeluh-peluh sampai mintak izin suami tidur kat luar atas lantai. Pasang kipas speed paling laju baru boleh lena.
Haid memang datang lewat dari sepatutnya. Tetapi di sebabkan saya tak nak mengharap, saya buat macam biasa je. Oh ya, saya dah berkahwin setahun lebih masa tu. So faham-faham je lah ye macam mana perasaannya.
Rupa-rupanya semua yang saya alami ni antara 11 Tanda Hamil Yang Wanita Patut Tahun Dan Bersedia Awal. Mungkin masa tu saya kurang fokus sebab dah tunggu lama tapi tak juga mengandung, saya anggap tu perkara biasa je.

Anda nak tahu tak 11 tanda yang anda dah mengandung? Jom saya kongsikan.

1. Bengkak Payudara

Ini pun antara tanda yang saya dapat rasakan masa tu. Tapi saya anggap ia mungkin sebab saya nak datang bulan. Jadi biasalah sakit payudara tu.
Rupa-rupanya memang payudara menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan. Ia akan beransur kurang apabila badan boleh mengadaptasi dengan perubahan hormon yang sedang di alami.

2. Kerap Membuang Air Kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG), kita akan mudah merasa mahu membuang air kecil.

3. Mengidam

Satu tanda yang sangat sinonim dengan kehamilan. Tapi pendapat pakar mengatakan gejala mengidam ni di sebabkan oleh kekurangan sesetengah nutrien dalam badan.

Ia kadang-kadang berlarutan sehingga ke saat melahirkan anak. 

Teringat akan kisah Cikgu Matematik saya yang mengidamkan roti croissant yang di atas kapal terbang. Mujurlah ada kawan suami beliau yang kebetulan ada ‘trip‘ ke luar negara, jadi tertunailah hajatnya masa tu. 

Macam-macam kisah kan… 

4. Suhu Badan Yang Tinggi

Suhu badan yang tinggi di luar tempoh sepatutnya kita datang haid, ia merupakan tanda awal kehamilan.

5. Keletihan

Dengan kehadiran hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan kita merasa letih. Tapi jangan risau kerana keletihan merupakan tanda penting untuk peringkat awal kehamilan.

6. Sakit Belakang Pinggang

Bukan hanya simptom keletihan, lebihan hormon progesteron yang tinggi dari biasa juga boleh mengakibatkan sakit belakang dan jangkitan saluran kencing bagi ibu hamil.

7. Tidak Datang Haid

Ini merupakan tanda yang paling asas selalu diguna pakai bagi seorang wanita yang baligh dan mempunyai kitaran haid yang teratur.

8. Pendarahan Atau Kekejangan Akibat Implantasi

Implantasi adalah proses penempelan embrio pada dinding rahim. Ia berlaku 8 hari selepas ovulasi jika berlaku persenyawaan dalam tempoh itu.

9. Sakit Kepala

Gangguan sakit kepala yang kerap berlaku di kalangan ibu hamil di sebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah dan tekanan darah rendah.
Jika anda mengalami tekanan darah rendah anda perlu tahu segera Cara Menaikkan Hb Darah Dengan Cepat Elak Berulang Ke Klinik. Ia penting bagi menjaga keselamatan anda dan kandungan yang baru terbentuk.

10. Perubahan Mood (Mood Swing)

Ini antara perkara biasa jika hamil. Anda boleh mengalami perasaan yang terlalu beremosi dan menangis di sebabkan oleh perubahan hormon.

11. Morning Sickness

Jika bernasib baik, memang anda bebas dari simptom ini. Untuk pengetahuan ia bukan sahaja menyerang waktu pagi. Saya pernah bebas morning sickness tetapi di ganti dengan evening sickness semasa mengandung anak kedua.

Biasanya anda akan mula rasa loya dan tak sedap perut seawal dua hari selepas persenyawaan berlaku.

Sekalung tahniah saya ucapkan di atas kehamilan anda. Tetapi jika mahu ‘double-confirm’ seeloknya anda membuat ujian urin dan dapatkan pemeriksaan dari doktor ya.
Dan kini sudah sampai masanya untuk anda menimbangkan memenuhi keperluan nutrisi kehamilan yang sepantutnya agar anda sihat dan bayi mendapat zat secukupnya untuk membesar.
Bezanya vitamin Shaklee dengan yang kebanyakannya terdapat di pasaran adalah ia di perbuat daripada sumber asli. Kelebihan bahan asli ini adalah ia lebih di kenaki oleh sistem badan dan hampir kesemua zatnya dapat di serap.
Penyerapan yang optimum ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang baik mengikut bulan sepatutnya. Ibu-ibu juga akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat melalui detik-detik indah sepanjang kehamilan.

Dapatkan 5% Diskaun Dengan Setiap Pembelian
Salah satu perkara yang saya suka sangat ketika hamil adalah bila tibanya Ramadhan. Sebabnya saya boleh berpuasa penuh! Ia amat berbeza berpuasa ketika mengamalkan Shaklee sepanjang mengandungkan anak ke dua dan ketiga tau. 
Saya lebih bertenaga, boleh masak untuk berbuka dan lebih mudah bangun tengah malam mengepam susu untuk di hantar ke rumah pengasuh.
Bukan saya sahaja, kawan saya yang seorang ni pun mengalami pengalaman yang hampir serupa ketika berpuasa. Jom ketahui rahsia beliau yang dapat berpuasa tanpa perlu risau bayi kurang zat dan badan lemah lunyai je sepanjang tempoh tu.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni… from iReach HD on Vimeo.

Jadi saya dah kongsikan kebaikan setiap vitamin dalam set hamil Shaklee. Di harapkan bakal ibu semua mempertimbangkan manfaat ini ya.
Betul ketika mengandung itu ada ruksoh untuk tidak berpuasa. Tetapi tak kan mahu plan awal tidak berpuasa sedangkan ada orang lain berjaya berpuasa penuh sepanjang tempoh itu. 
Mencabar tau nak ganti puasa nanti bila anak dah ada. Jadi ambil la peluang tidak datang haid ketika Ramadhan itu dengan berusaha untuk berpuasa penuh. Nikmat sangat. 
Ingin merasai sendiri ‘effect‘ Shaklee ketika berpuasa, hubungi saya ya untuk order. Diskaun sebanyak 5% siap sedia menanti anda. Jangan lepaskan ok?
Your Trusted SID 

ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..