Shaklee Effect Saya Setelah Enam Tahun Amalkan Shaklee

Created with Sketch.

Shaklee Effect Saya Setelah Enam Tahun Amalkan Shaklee

Masa sekolah dulu jangan harap nak sarapan. Waktu rehat tu la baru ada makanan masuk perut.

Lepas SPM je terus kena gastrik. Maka bersiri-siri la sakit lepas tu. Terutama sekali bila nak exam. Studi studi studi studi waktu makan pun lari.
Selalu qadha makan la. Kalau makan pagi, karang petang baru combine makan tengahari sekali. Muda lagi kan. Ikut dan je. Jimat konon.
Masalah senggugut pun tak segan-segan menjengah setiap bulan. Migrain. Mudah demam. Tu semua memang sahabat baik dulu.
Bila tiba musim exam lagi datang pakej. Sekarang baru tahu bila stress, memang imuniti badan jadi lemah.
Tu yang mudah sangat jatuh sakit. Padahal macam tak cukup masa dah ni nak buat ulangkaji mana nak layan badan sakit lagi. Stress ganda dua.
Tapi sejak kenal Shaklee, memang dah lain sangat apa yang berlaku dalam hidup ni. Serba sikit cara hidup dulu tak sihat dulu saya ubah sikit-sikit. Pandai dah nak uruskan stress dengan betul.
Sekarang ni ada kesedaran sikit untuk sarung balik kasut sukan yang bertahun-tahun tak pernah wujud.
Adanya anak-anak tolong bagi “reminder”, Ibu jomlah kita bersenam. Kalau buat senaman dalam rumah ni, ada la yang berbaris kat sebelah buat sekali.
Selain tu saya dah buat perubahan sikit pada stok dapur. Tak ada lagi minuman 3-in-1. Kordial pun bancuh bila ada tetamu datang.
Gula garam dah tukar kepada organik. Kurangkan stok makanan segera dan stok sejuk beku. Mula-mula tu macam susah sangat. Tapi lama-kelamaan ok dah la.
Plating masa makan pun pandai dah ikut cadangan KKM. Dah pandai makan sayur lebih, nasi kurang. Jarang dah tambah nasi sekarang, kecuali kalau tiba-tiba “saka” datang. Kahkahkah
Dah pandai nak “craving” makan buah. Beli buah macam-macam then makan ramai-ramai dengan anak-anak.
Eh, tak sangka rupanya mereka pun suka. Kadang-kadang mereka yang ingatkan lama kita tak makan buah ni Ibu. Tak makan buah tu Ibu.
Sekarang ni dah faham tentang saranan Shaklee tentang “Pengambilan Suplemen Dengan Bijak” tu. Tolong jangan ingat bila dah makan suplemen, kami tolak real-food tau.
Harus terima hakikat yang real-food sekarang pun bukan real sangat pun. Luaran mungkin sama, tapi nutrisinya tu kita tak tahu.
Dengan racunnya. Perubahan genetiknya. Pencemarannya. Banyak dah pendapat pakar dalam isu ni. Terpulang la nak terima ke tak. Hati ni masing-masing punya. Allah yang pegang hati kita.
Tak suka tak perlu terlalu mengecam. Mungkin satu hari nanti kita ditakdirkan untuk dapatkan manfaat dari produk ni siapa yang tahu kan. Berlapang dada. Setiap orang perspektifnya berbeza.
Macam saya sendiri, saya gembira dengan tahap kesihatan saya sekarang walaupun belum 100 peratus fit. Tapi saya tahu saya sedang mengubah hidup saya ke arah yang lebih baik seperti yang disarankan oleh Shaklee sendiri.
❤️ Makan secara sihat
❤️ Bersenam dan capai berat badan ideal
❤️ Pengambilan suplemen secara bijak
Anda dah ke belum?
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian keluarga #teamdiva, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang
set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara
pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan
cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang


TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
TAWARAN HEBAT!

Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..