Set Kanak-kanak Bantu Kurangkan Kos Rawatan Dan Kekerapan Anak Jatuh Sakit

Created with Sketch.

Set Kanak-kanak Bantu Kurangkan Kos Rawatan Dan Kekerapan Anak Jatuh Sakit

Harta Dunia Akhirat Saya
Ibu tengah sibuk dengan vitamin, depa pun sibuk jugak. Nak pegang sangat vitamin kan, hah ape lagi ibu suruh pilih sorang satu yang mana berkenan di hati. Bila cakap nak tangkap gambar, melonjak keriangan! (Anok sapo la ni 😂)

Aryan Haziq punya all time favourite of course la Omegaguard. Minyak ikan ultratulen kurang bau khas untuk dia. Saya dan suami mula berikan sejak 5 tahun lepas. Pakar kanak-kanak advise ambil suplemen minyak ikan untuk membantu masalah astma dia. Setiap bulan kami peruntukkan hampir RM400 untuk tujuan rawatan dan neb di Hospital Pakar Annur. 

Mesti korang kata, kenapa tak pi hospital kerajaan. Jawapan kami mudah, kami mahu rawatan yang pantas dan dari pakar. Mungkin sebab anak pertama, ‘ketakutan’ dan kasih sayang tu lebih sikit 😘. Lagi pun kat Bangi tu mana ada hospital kerajaan. Macam tak sanggup nak seksa anak travel ke Putrajaya pastu menunggu lagi untuk rawatan. Kesian weh tengok anak kecil sakit😭😭.

Mujur la suami saya tu open-minded. Walaupun keje dia dengan ubat, dia tak skeptikal. Lega aih! So lepas Dr suggest minyak ikan, of course la saya pilih Omegaguard, minyak ikan terbaik siap dengan kajian tau. Selain tu, omega-3 ni membantu dlm perkembangan sel-sel otak agar sentiasa berhubung (*macam penah dengar kan?)

So sekarang boleh kata Aryan dah lama tak kena astma. Kalau dia nak mandi kolam pun saya tak risau sangat, bagi je sebiji berendam lah 2-3 jam pun takpa 😄.

Aqif Hadif pulak walaupun menyusu badan, kerap juga sakit bila abangnya sakit. Maklumlah, abangnya penyayang. Batuk ke, selsema ke tetap nak sayang adik, main dengan adik. Sebelum dia umur setahun, saya makan nutriferon tu as immune booster. Jadinya bila Aqif minum susu saya, dia dapat khasiatnya.

Siapa kata anak minum susu ibu tak jatuh sakit? Sedangkan robot pun rosak, inikan pula manusia ye tak? Tapi boleh kata, bila sakit tu sekejap je la. Tak melarat berminggu-minggu. Even sampai sekarang, kalau suruh telan ubat, boleh ‘bergaduh’ dengan dia. Kadang-kadang terpaksa kami guna kuasa veto tau 😝. Tapi kalau nutriferon, tak yah suruh pun pi kat rak ambil sendiri makan. 😄

Lastly our srikandi, Ainur Hanani. Nama pun perempuan, sifat suka cantik dan wangi-wangi tu kecik-kecik lagi dah terserlah tau. Dia paling suka Herbal-blend, krim bebas paraben berasaskan tumbuhan. Ainur mula suka herbal blend masa kena chicken pox masa umur 4 bulan kalau tak salah. Mungkin sebab krim tu sejuk2, so buat dia rasa selesa dan tak gatal. Plus ibunya ni tak sempat lah nak blend daun bambu campur bedak sejuk (tak de pun kat rumah).

Cerita ini tentang Harta Kami Dunia Akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan membesarkan mereka dengan segala yang terbaik dan selayaknya buat mereka. Ameen

Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..