Resepi Spageti Seafood Goreng Mudah Dan Sedap

Created with Sketch.

Resepi Spageti Seafood Goreng Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum
Hari ni 2 Syawal 1436H. Tiba-tiba ada tetamu call nak datang ke rumah tapi kita ni satu apa pun tak ready lagi. Nak jamu apa ya?
Mari saya kongsikan Resepi Spageti Seafood Goreng Mudah Dan Sedap. Lain sikit menunya dari juadah semalam kan? InsyaAllah tetamu makan pun bertambah-tambah nanti.
resepi spagethi seafood

Bahan A

Sepeket spageti – Saya guna Angel hair (anggaran untuk 6 orang dewasa makan
Rebus spageti dengan air mendidih yang di letakkan sedikit minyak bagi elakkan melekat. Setelah spageti lembut, toskan. JANGAN bilas dengan air paip.

Bahan B

5 ulas bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar di mayang halus
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar

Bahan C

6 ekor udang besar
1 ekor ketam dipotong 4
3 ekor sotong di potong bulat

Bahan D

1 batang carrot di potong bulat
Sedikit brokoli

Bahan E

Stock ayam/kiub ayam
Sedikit garam
Air bertapis

Cara Menyediakan:

1. Tumis Bahan B sehingga naik bau
2. Masukkan Bahan C dan gaul sebati. Masukkan sedikit air, stok ayam/kiub ayam dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sedikit garam dan rasa tahap kemasinan mengikut citarasa.
4. Masukkan Bahan D dan Bahan A. Gaul sebati.
5. Pastikan spageti sedikit kering dan tutup api.
6. Sedia untuk di nikmati.

Nota: Anda boleh ketuk 2-3 biji cili padi dan masukkan jika mahu pedas. Versi yang saya masak ni sesuai untuk makanan anak-anak, sebab tu tak ada cili.

Biasanya saya akan spare bahan kering seperti spageti supaya mudah bila ada tetamu bagi tahu last minit nak datang rumah. Overall dalam masa 30 minit boleh siap masak. Tu kalau speed saya la. Mungkin anda lebih cepat. Jadi selamat mencuba ok?
Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..