Resepi Puding Jagung Mudah Lagi Sedap

Created with Sketch.

Resepi Puding Jagung Mudah Lagi Sedap

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsi hidangan pencuci mulut pula lah. Lauk utama selalu sangat dah kan. Oleh itu dengan besar hati saya persembahkan Resepi Puding Jagung Mudah Lagi Sedap.
resepi puding jagung

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastard
1 tin cucu cair (400 ml)
1 cawan gula halus
2 sudu makan marjerin
4 cawan air
1 tin jagung dalam tin
Nota: Pastikan anda menggunakan cawan yang sama saiz untuk menyukat kesemua barang.

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga naik wap dan kelihatan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil ataupun loyang. Kemudian sejukkan.  
4. Hiaskan dengan butiran jagung. 
TIPS: Sebaik-baiknya masukkan marjerin semasa adunan sedikit kental supaya puding nampak berkilat.
Nota: Kebetulan ada buah strawberi dalam peti ais, saya hiaskan pakai strawberi. Ok jugak gabungan rasa tu. 
Jadi agak-agak buntu ada jamuan tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ni ya. Modal pun tak mahal. Tapi boleh dapat banyak. 
Selamat mencuba!
Your Trusted SID
 

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

 

8 Responses

  1. Sani says:

    Best sangat ni kalau buat dessert masa buka nanti…

  2. Wah macam sedap je puding jagung ni….terima kasih admin sudi kongsi resepi.

  3. takde ingredient nak buat. haha

  4. Ros says:

    baru semalam Ros buat puding jagung. agak lembik lah. ada tips nak bagi keras sedikit?

  5. Ros tak cuba lebihkan sikit tepung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..