Melasma: Definisi, Punca dan Cara Mengatasinya

Created with Sketch.

Melasma: Definisi, Punca dan Cara Mengatasinya

Melasma atau hiperpigmentasi sebenarnya tak perlu dibimbangkan. Namun ia sedikit sebanyak menjadikan kulit tampak kurang menarik. Namun tahukah anda Apa Itu Melasma, Punca Melasma Terjadi dan Cara Mengatasi Melasma?
Apa Itu Melasma?
Cuba tengok telur di sebelah kiri. Cantik kan? Sekarang bandingkan yang sebelah kanan. Walaupun isi tetap sama, namun hakikatnya kita cenderung untuk memilih yang lebih cantik sempurna. Betul kan?
Melasma ialah satu bentuk hiperpigmentasi yang mengakibatkan tompok-tompok kecil memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut.
Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. 
Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat. Manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda.
Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.
Terdapat 3 jenis Melasma iaitu:
  • Melasma Epidermal
  • Melasma Dermal
  • Melasma Campuran
Siapa Yang Berisiko Mengalami Melasma?
Wanita lebih cenderung mengalami melasma berbanding lelaki. Hanya 10% daripada mereka yang mengalami melasma adalah lelaki.
Mereka dengan kulit yang lebih gelap seperti orang Latin/Hispanic, Afrika Utara, African-American, Asia, Timur Tengah dan mereka di kawasan Mediterranean adalah lebih cenderung mengalami melasma.
Apakah Punca Melasma?
Menurut American Academy of Dermatology, punca melasma masih belum dapat dikenalpasti dengan tepat.
Kemungkinan yang paling besar adalah melanocyte iaitu sel yang bertanggungjawab menghasilkan warna pada kulit, menghasilkan terlalu banyak warna pada kulit.
Ini bermakna, mereka dari dari keturunan di atas termasuk kita wanita Asia, adalah lebih cenderung mengalami melasma kerana kita mempunyai lebih banyak sel melanocyte yang aktif berbanding mereka di Barat.
Namun begitu, melasma boleh dicetuskan akibat:
  • Pendedahan kepada cahaya matahari: Cahaya UV dari matahari akan merangsang melanocyte. Malah, jika kulit terdedah pada cahaya matahari walaupun sekejap, melasma yang dah pudar boleh terjadi kembali. Sebab itulah melasma boleh berlaku secara berulang-ulang.
  • Perubahan hormon : Wanita yang sedang hamil kerapkali mengalami melasma. Malah, pil perancang serta “Hormone Replacement Therapy” juga boleh menjadi “trigger” untuk melasma terjadi.
  • Produk skincare: Jika sesuatu produk itu merengsa kulit anda, melasma boleh menjadi lebih teruk.
Bagaimana Melasma Dirawat?
Menurut American Academy of Dermatology, melasma boleh hilang dengan sendirinya. Ini boleh berlaku apabila punca melasma ini tercetus dikurangkan.
Jika ia akibat kehamilan, melasma akan berkurang selepas bersalin.
Jika akibat pil perancang, melasma akan berkurang selepas pengambilannya dihentikan. Namun, pasikan anda mendapat nasihat doktor sebelum ini dilakukan ya.
Namun, bagi sesetengah orang, melasma boleh berlaku selama bertahun-tahun. Malah seumur hidup. Bagi kes-kes begini, dapatkan konsultasi pakar dematologi yang diiktiraf. Rawatan yang boleh dipertimbangkan adalah:
  • Hydroquinone
  • Tretinoin dan kortikosteroid
  • Ubat-ubat topikal (untuk disapu pada kulit)
  • Prosedur-prosedur khas seperti microdermabrasion, dermabrasion atau rawatan lazer 
Namun, harus diingat, semua rawatan di atas hanya boleh dilakukan oleh pakar dermatologi yang diiktiraf sahaja ya. 
Atau, anda mempunyai pilihan untuk mencuba 7 Petua Berkesan Atasi Jeragat atau Melasma Secara Semulajadi.
Apa Yang perlu Anda Lakukan Setelah Menjalani Rawatan Melasma?
Setelah melasma berjaya dikurangkan, anda perlu terus merawat kulit anda. Pakar dermatologi mungkin menamakan ia sebagai rawatan “maintenance”. Ia membantu mencegah melasma daripada terjadi semula. 
Anda juga boleh membantu menghalang melasma berulang dengan menggunakan “Sunscreen” dan memakai topi setiap hari.
Saya pasti anda tidak mahu perkara di bawah berlaku kepada anda bukan?

Apakah Produk Penjagaan Kulit Terbaik Yang Anda Perlukan Sekarang?
YOUTH Shaklee adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. YOUTH Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan semestinya terbukti secara klinikal.
YOUTH-Shaklee-Taiping
Youth telah dibangunkan dan diuji secara klinikal. Hasilnya, satu produk yang TERBUKTI BERKESAN SECARA KLINIKAL!
YOUTH-Shaklee-Taiping
Dan bagi mereka yang mementingkan penjagaan wajah,  YOUTH SHaklee seharusnya menjadi PILIHAN UTAMA ANDA kerana ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.
YOUTH-Shaklee-Taiping
Dan yang paling penting, ia dihasilkan tanpa 1500 jenis bahan kimia yang meragukan tau!
YOUTH-Shaklee-Taiping
Apa Kata Mereka Yang Telah Menggunakannya?
Eh silap. Bukan orang lain. Apa yang saya akan kongsikan selepas ini adalah kesan positif yang SAYA SENDIRI ALAMI selepas 30 hari menggunakan YOUTH Shaklee.
Ini baru 30 hari. Bayangkan kalau penggunaan yang berterusan. Pastinya, saya akan terus setia dengan YOUTH!
YOUTH adalah 100% Semulajadi. YOUTH adalah 100% Berkesan Secara Klinikal!

Jangan tunggu lagi. Jom dapatkan YOUTH Shaklee daripada saya sekarang!
YOUTH-Shaklee-Taiping

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
Founder Team #DIVA
868991

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..