Masalah Angin Dalam Badan Sampai Susah Nak Solat Sebab Mudah Kentut

Created with Sketch.

Masalah Angin Dalam Badan Sampai Susah Nak Solat Sebab Mudah Kentut

masalah angin dalam badan

Anda alami masalah angin dalam badan? Pernah tak anda alami bila dah sudah ambil wudhuk, masa tu la kita nak terkentut? Dah kena ambil wudhuk semula yang tempatnya jauh betul!

Tak pun dah masuk saf untuk solat berjemaah, masa tu la rasa nak terkentut. Kadang-kadang tu tak sempat nak keluar dari saf terus kentut tanpa di tahan-tahan. Dah la kuat bunyinya. Bau busuk pula tu! Orang sebelah dah jeling sambil tutup hidup. Ya Allah! Malunya tak terkata kan.

Saya tahu anda yang membaca artikel ini mesti mengalami Masalah Angin Dalam Badan Terlalu Banyak sampai Susah Nak Solat Sebab Mudah Kentut. Elok la kita Fahami dulu Punca dan Cara Merawatnya sama ada secara traditional ataupun moden ya.

Apa Itu Angin Mengikut Istilah Tradisional?

Menurut Puan Ayue Ismail, Pemilik Pusat Urut Warisan Putrajaya, definisi angin menurut istilah tradisional adalah sejenis toksin di dalam badan.

Ia samada berbentuk gas ataupun gas bercampur cecair yang kadangkala boleh menyebabkan bengkak atau sembap kepada bahagian-bahagian badan.

Kadangkala, ketulan angin yang terlalu lama boleh menjadi seperti cyst di dalam badan. Ia kadang-kadang terasa keras seperti batu-batu kecil bila disentuh dan sukar dipecahkan.

Kata Puan Ayue, “Bila ketul sudah terlalu keras, memang tak boleh terlalu paksa untuk dipecahkan kerana akan mengundang bahaya kepada badan”.

Tambah beliau lagi, angin yang kadangkala berada di atas tulang seperti lutut, pinggang, tulang belakang, rusuk belakang, belikat dan dada jika terlalu lama boleh menyebabkan arthritis/ sakit sendi, angin ini (toksin) akan menghakis tulang itu sendiri jika tidak dirawat.

Ooooooooo (panjang ni) baru saya tahu! Angin ni walaupun tak boleh nampak, tapi penangan dia memang boleh ‘melumpuhkan’ sistem badan jugak ya. Bukan sikit-sikit kesannya kalau di biarkan.

Jaga Waktu Makan Agar Tak Masuk Angin

Cerita Puan Ayue, ramai juga yang diurut bertanya adakah cara nak buang angin, elak angin dari masuk ke dalam badan dan sebagainya. Banyak punca sebenarnya angin boleh masuk ke dalam badan antaranya dari jenis pemakanan dan lifestyle.

masalah angin dalam badanTapi yang PALING UTAMA berpunca dari waktu makan. Waktu makan yang teratur AMAT PENTING sekali kerana inilah PENYEBAB UTAMA menghindar angin dalam badan.

Realitinya…

Nak jadi cerita, sudahlah waktu makan tak terjaga. Kemudian bila tiba waktu makan pula kita main bedal je sumber makanan yang berangin. Hah! memang kita sendiri menjemput penyakit kepada badan sendiri lah jawapannya.

Saya tahu ramai beranggapan begini, TAK RASA LAPAR maka kita pun tak makan. Kadang-kadang otak memang tak hantar signal kepada kita bila kita terlalu asyik dengan kerja-kerja seharian. Bila tersedar “Eh, belum makan lagi hari ni!” Masa tu jam dah pun menunjukkan pukul 3 petang”.

Akibatnya…

Bila sudah sakit kepala, sengal badan, bisa sana sini, susah nak tidur. Ya, susah nak tidur di akibatkan oleh asid banyak dalam badan. Pernah jadi macam ni? Saya dulu selalu jadi tau. Nak diet katakan. Akhirnya badan yang merana. huhu

Satu lagi kes yang popular adalah sakit kepala di sebabkan angin. Mengambil contoh kes sebegini. Kita kerap sangat sakit kepala. Dalam seminggu boleh kira berapa hari je tak sakit. Selebihnya sakit memanjang. Lepas tu, kita pun buat hipotesis sendiri “Entah-entah aku ni kena migrain ni”.

Kita pergi klinik untuk dapatkan pengesahan doktor.  Doktor pun setuju dengan hipotesis kita mengidap migrain tu (tanpa pemeriksaan teliti-hanya dari beberapa soalan, contohnya simptom sakit kepala sebelah).

Maka dari situ kita pun mula percaya, kita set dalam kepala yang kita menghidap migrain. Otak kita dah siap program bahawa kita memang ada masalah migrain. Semua dah jadi berkait, membentuk satu “kenyataan” atau “fakta” ke dalam badan kita.

Walhal – tak semestinya begitu. Yang benar migrain tu memang ada. Tetapi, ada juga tetapi ya.  Terdapat juga kes yang tak ada migraine langsung pun, tapi disebabkan tabiat suka skip waktu makan atau yang jenis makan-janji-kenyang-perut-je memang masalah sakit tu jadi bertimpa-timpa.

Makanan yang kita pilih tu pun yang tak berkhasiat, banyak pewarna, pengawet, makanan segera makanan diproses dan sebagainya memang ‘combination’ yang sangat bagus la menyumbang kepada kesakitan kita tu.

Akibat Dari Tabiat Makanan Yang Tidak Sihat

Semua ‘bahan asing’ ini menjadi penyakit dalam diri. “Angin” atau “toksin”, atau bahasa “high-class” sikit – “radikal bebas” semuanya dirujuk sebagai  RACUN dalam badan. Kita sendiri yang MERACUN badan sendiri.

APA??? Biar betul ni.

Ya, kita yang bagi bagi penyakit pada diri sendiri jika masih degil dan keras kepala terus utamakan kerja dari untuk disiplin menjaga waktu makan dan mengubah tabiat pemakanan yang seimbang.

Sudahlah kita tidak cukup memberikan zat nutrien yang terbaik untuk jasad. Lagi parah kita sendiri sumbat pula dengan zat jahat ke dalam badan – makanan segera/ jajan. Hebat betul kita ni kan! Isk…

Selepas sedikit sebanyak perbincangan dengan Puan Ayue membuatkan saya terfikir begini. Kita mengaku kita HAMBA ALLAH. Kita sayang Allah. Kalau sayang Allah, kita mesti jaga tubuh badan yang Allah amanahkan ini sebaik mungkin sebab itu adalah tanggungjawab yang DIA beri pada kita.

Analoginya, macam kita pinjamkan barang pada orang, semestinya kita mahu orang yang kita pinjamkan barang tu jaga sebaik mungkin bukan? Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku hambaMu yang penuh dosa.

3 Perkara Penting Untuk Di Jaga

Ada 3 perkara penting yang saya boleh simpulkan dari perkongsian Puan Ayue untuk atasi masalah angin dalam badan:

  1. Jangan keras kepala. Tak rasa lapar tak bermakna tak perlu makan
  2. Pastikan hanya ambil zat yang terbaik untuk badan kita
  3. Jaga waktu makan anda dan ambil yang berkhasiat.

Cuba jaga 3 perkara ini dahulu dan lihat kesannya kepada diri. Jangan kita sendiri sengaja mencipta penyakit, jangan sengaja nak merana diatas kelalaian dan keengganan untuk menjaga waktu makan dan pemakanan atas alasan sibuk.

Sarapan jangan skip. Sarapan mesti sebelum pukul 10 pagi. Tiada istilah brunch ya! Jadi untuk tujuan ini, kalau tak sempat sangat pun contonhya bangun lambat ke kan dan tak sempat sediakan sarapan, saya memilih Cinch Shake Mix yang kaya dengan Leucine bantu memberikan rasa kenyang dan memelihara otot untuk membekalkan tenaga.

Penyediaannya sungguh mudah. Masukkan sahaja 2 scoop Cinch Shake Mix dalam shaker, shake- shake. Boleh minum semasa memandu sambil hantar anak ke sekolah.

Makanan untuk tengahari dan makan malam, ikutlah kesesuaian diri. Jangan skip, mesti alas perut juga walau dengan sedikit makanan. Paling tak pun, salad sayur segar dgn isi ayam/ daging ke, dgn sekeping roti. Kata kunci: MESTI JAGA WAKTU MAKAN untuk atasi masalah angin dalam badan.

Ikhtiar Buang Angin Dengan Mengurut

Menurut kepakaran Puan Ayue, kalau badan jenis mudah berangin, kita boleh ikhtiar dengan mengurut juga. Tetapi kata beliau ia bukan jaminan angin akan hilang begitu sahaja.

Walaupun sekerap mana kita datang untuk mengurut masalah tetap tidak akan selesai dan menjadi kes berulang selagi kita tidak menjaga waktu makan dan jenis makan yang kita ambil.

Paling kronik, angin yang berlegar-legar dalam badan akan rasai berdenyut-denyut daging dalam badan. Sampai serang urat saraf, sampai sakit tulang belulang. Itu semua kerana angin, toksin, racun, radikal bebas yang kita cipta dari sikap kita sendiri.

Ikhtiar Atasi Masalah Angin Dalam Badan Dengan Suplemen Shaklee

1. Peppermint Ginger Plus. 90 tablet.

Peppermint-Ginger Plus membantu

  • memberikan keselesaan pada perut dan usus
  • menghilangkan rasa sebu dan kembung perut
  • merangsang perembesan jus gastrik perut agar pencernaan makanan berlaku dengan lebih efisyen.
  • rasa mint yang terdapat dalam setiap tablet mampu memberikan rasa nyaman dan ‘sejuk’ pada perut.

masalah angin dalam badan2. Garlic Complex. 60 biji.

Alternatif yang terbaik menggantikan bawang putih yang perlu di telan mentah.

Garlic complex membekalkan 100% Allicin dalam setiap kapsulnya. Allicin ini mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan antikulat dan mempunyai sifat penyembuh.

Ia membantu membersihkan (detox) salur darah kita. Ia membantu

  • menyingkirkan keluar toksin (angin) dari badan agar perjalanan darah kita lancar
  • mengelakkan risiko darah tinggi dan strok
  • membantu merembeskan jus gastrik dalam perut untuk melancarkan lagi proses pencernaan makanan.

masalah angin dalam badanCepat-cepat hubungi saya segera. Saya sarankan anda ambil Set Buang Angin lengkap yang terdiri dari Peppermint Ginger Plus dan Garlic Complex. Gabungan dua jenis suplemen ni akan memberikan efek yang lebih ohsem bagi mengatasi masalah angin dalam badan.

masalah angin dalam badan

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

p/s : Jika anda hubungi saya, saya akan kongsikan rahsia atasi masalah angin dalam badan dengan Set Buang Angin Shaklee dengan harga yang terbaik tau 🙂

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
Riza Afzan
012-4637064
868991

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..