Angin Dalam Badan, Atasi Dengan Lebih Berkesan Tanpa Ubat

Created with Sketch.

Angin Dalam Badan, Atasi Dengan Lebih Berkesan Tanpa Ubat

set-buang-angin-dalam-badan

“Encik, mana satu ubat untuk masalah angin dalam badan dan sakit perut ya?” soal Pakcik di kaunter pendispensan farmasi baru-baru ini. Berkerut-kerut mukanya seolah-olah menahan derita yang amat sangat.

“Pakcik Hassan kan? Doktor ada bagi satu jenis ubat je. Ubat minum Sirap MMT hari ni” ujar Danial sambil menunjukkan botol ubat cecair putih kepadanya.

“Ubat kapur ni ke? Pakcik dah cuba. Tak berkesan pun. Hari tu pun Pakcik dapat ubat ni masa ke klinik. Tiada ubat lain ke? Pakcik dah tak larat asyik kentut je. Nak solat pun susah. Sekejap-sekejap kena keluar ambil wudu’. Itupun kadang-kadang sampai 2-3 kali. Asyik terkentut je” keluh Pak Hassan.

Tiba-tiba bau “harum” menyerbu. Muka Pakcik Hassan terus berubah.

“Maafkan Pakcik ye, nak. Pakcik dah usaha macam-macam. Tapi tak berkesan.” Raut muka Pakcik menampakkan dia dah lama menanggung masalah ini.

“Eh, takpe, Pakcik. Saya faham. Pakcik ada masa? Jom sembang-sembang kejap boleh? Kalau Pakcik sudi, kita sembang-sembang kat tepi situ. Pesakit tak ramai sekarang ni. Ada la masa sikit,” ujar Danial.

“Boleh la, nak. Pakcik pun nak tunggu anak Pakcik sampai dulu” jawab Pak Hassan lemah.

Masalah Angin Dalam Badan

“Dah lama ke pakcik ada masalah angin dalam badan ni?” soal Danial. Dia nak dapatkan sebanyak maklumat yang mungkin sebelum beri pendapat.

Setelah menghela nafas, Pakcik Hassan memulakan bicara. “Jadi dalam 3 bulan yang lepas. Sejak tu, semuanya jadi serba tak kena. Angin Dalam Badan Terlalu Banyak sampai Susah Nak Solat Sebab Mudah Kentut.”

“Pakcik ada salah makan ke waktu tu? Atau ada perubahan dalam jadual harian Pakcik? Elok la kita fahami dulu Punca Angin Dalam Badan sebelum kita bincang Cara Merawat Angin Dalam Badan sama ada secara tradisional ataupun moden” tanya Danial lebih lanjut.

“Ermmm, rasanya takde pun salah makan. Tapi sejak arwah isteri Pakcik meninggal, waktu makan jadi tak menentu. Ye la, dulu arwah yang siapkan makan semua. Tapi sekarang ni, kalau ke kedai baru Pakcik makan,” terang Pak Hassan.

“Maafkan saya, Pakcik. Takziah atas kematian isteri Pakcik” kata Danial.

“Macam ni ye, Pakcik. Saya ada baca beberapa tips tentang Cara Nak Elak Angin Dalam Badan serta Petua Atasi Angin Dalam Badan. Alang-alang, boleh saya kongsikan dengan Pakcik ya?”

Cara Nak Elak Angin Dalam Badan serta Petua Atasi Angin Dalam Badan

Tips 1 : Jaga Waktu Makan Agar Tak Masuk Angin

Sebenarnya, ramai yang bertanya adakah cara nak buang angin, elak angin dari masuk ke dalam badan dan sebagainya. Banyak punca sebenarnya angin boleh masuk ke dalam badan antaranya dari jenis pemakanan dan lifestyle.

Tapi yang PALING UTAMA berpunca dari waktu makan. Waktu makan yang teratur AMAT PENTING sekali kerana inilah PENYEBAB UTAMA angin dalam badan terjadi. Maksudnya, jika anda jaga waktu makan, anda dapat menghindarkan diri daripada angin dalam badan tau.

Saya tahu ramai beranggapan begini, TAK RASA LAPAR maka kita pun tak makan. Kadang-kadang otak memang tak hantar signal kepada kita bila kita terlalu asyik dengan kerja-kerja seharian. Bila tersedar “Eh, belum makan lagi hari ni!” Masa tu jam dah pun menunjukkan pukul 3 petang”.

Nak jadi cerita, sudahlah waktu makan tak terjaga. Kemudian bila tiba waktu makan pula kita main bedal je sumber makanan yang berangin. Hah! memang kita sendiri menjemput penyakit kepada badan sendiri lah jawapannya.

Makanan yang kita pilih tu pun yang tak berkhasiat, banyak pewarna, pengawet, makanan segera makanan diproses dan sebagainya memang ‘combination’ yang sangat bagus la menyumbang kepada kesakitan kita tu.

Bila sudah sakit kepala, sengal badan dan bisa sana sini, akhirnya kita jadi susah nak tidur. Ya, dengan angin dalam badan dan dicampur paras asid yang tinggi dalam perut, memang badan akan jadi sangat tak selesa. Nak tidur pun susah. Akhirnya badan yang merana.

Tips 2 : Jauhi Dari Tabiat Makanan Yang Tidak Sihat

Semua ‘bahan asing’ ini menjadi penyakit dalam diri. “Angin” atau “toksin”, atau bahasa “high-class” sikit – “radikal bebas” semuanya dirujuk sebagai  RACUN dalam badan. Kita sendiri yang MERACUN badan sendiri.

APA??? Biar betul ni.

Ya, kita yang bagi bagi penyakit pada diri sendiri jika masih degil dan keras kepala terus utamakan kerja dari untuk disiplin menjaga waktu makan dan mengubah tabiat pemakanan yang seimbang.

Sudahlah kita tidak cukup memberikan zat nutrien yang terbaik untuk jasad. Lagi parah kita sendiri sumbat pula dengan zat jahat ke dalam badan – makanan segera/ jajan. Hebat betul kita ni kan! Isk..

Ingatlah tubuh kita ini hanyalah pinjaman dan tanggungjawab daripada Allah. Ia adalah sebahagian ujian bagi umatNya. Kita mengaku kita HAMBA ALLAH. Kita sayang Allah. Kalau sayang Allah, kita mesti jaga tubuh badan yang Allah amanahkan ini sebaik mungkin sebab itu adalah tanggungjawab yang DIA beri pada kita.

Analoginya, macam kita pinjamkan barang pada orang, semestinya kita mahu orang yang kita pinjamkan barang tu jaga sebaik mungkin bukan? Ampunkan dosaku Ya Allah. Aku hambaMu yang penuh dosa.

3 Perkara Penting Untuk Di Jaga

Ada 3 perkara penting yang saya boleh simpulkan:

1. Jangan keras kepala. Jangan degil sebab tak rasa lapar maka tak perlu makan

2. Pastikan makanan yang anda ambil adalah yang terbaik untuk tubuh anda. Ingat, tubuh kita adalah amanah daripada Tuhan.

3. Jaga waktu makan anda dan ambil makanan yang berkhasiat.

Cuba jaga 3 perkara ini dahulu dan lihat kesannya kepada diri. Jangan kita sendiri sengaja mencipta penyakit, jangan sengaja nak merana diatas kelalaian dan keengganan untuk menjaga waktu makan dan pemakanan atas alasan sibuk.

Sarapan jangan skip. Sarapan mesti sebelum pukul 10 pagi. Tiada istilah brunch ya! Jadi untuk tujuan ini, kalau tak sempat sangat pun contonhya bangun lambat ke kan dan tak sempat sediakan sarapan, saya memilih Cinch Shake Mix yang kaya dengan Leucine bantu memberikan rasa kenyang dan memelihara otot untuk membekalkan tenaga.

Penyediaannya sungguh mudah. Masukkan sahaja 2 scoop Cinch Shake Mix dalam shaker, shake- shake. Boleh minum semasa memandu sambil hantar anak ke sekolah.

Makanan untuk tengahari dan makan malam lebih, ikutlah kesesuaian diri. Jangan skip, mesti alas perut juga walau dengan sedikit makanan. Paling tak pun, salad sayur segar dgn isi ayam/ daging ke, dgn sekeping roti. Kata kunci: MESTI JAGA WAKTU MAKAN.

Tips 3 : Ikhtiar Buang Angin Dengan Mengurut

Kalau badan jenis mudah berangin, kita boleh ikhtiar dengan mengurut juga. Tetapi harus diingat, ia bukan jaminan angin akan hilang begitu sahaja.

Walaupun sekerap mana kita datang untuk mengurut masalah tetap tidak akan selesai dan menjadi kes berulang selagi kita tidak menjaga waktu makan dan jenis makan yang kita ambil.

Paling kronik, angin yang berlegar-legar dalam badan akan rasai berdenyut-denyut daging dalam badan. Sampai serang urat saraf, sampai sakit tulang belulang. Itu semua kerana angin, toksin, racun, radikal bebas yang kita cipta dari sikap kita sendiri.

Tips 4 : Ikhtiar Buang Angin Dengan Suplemen Shaklee

Petanda yang paling best bagi menentukan suplemen yang anda makan ia ‘sedang bekerja’, ia akan membuatkan kita kentut dengan kerap dan sendawa sebagai proses mengeluarkan angin dalam badan.

Dengan mengamalkannya setiap hari anda pasti merasa perubahan yang ketara. Badan jadi ‘ringan’, mungkin banyak kentut di awal2 pengambilan  dan proses perkumuhan jadi lebih lancar. Tetapi AWAS! Jika berada di tempat awam, berhati-hati ya! Hahaha…

Kesimpulannya, pengambilan suplemen ini boleh membantu dari segi mengurangkan sakit-sakit yang diakibatkan angin tersebut. Tetapi saya juga tidak memberi jaminan jika anda ambil suplemen ia anda tidak akan kena serangan angin lagi.

Ia masih berbalik kepada sejauh mana disiplin anda menjaga waktu makan dan jenis makanan yang anda ambil. Jadi jika masih skip makan, jangan salahkan produk Shaklee ya. Dalam masa yang sama konsisten ambil suplemen mengikut saranan yang saya syorkan.

angin dalam badan angin dalam badan

Anda telah lihat bagaimana Set Angin ini mampu membantu anda. Malah, produk Shaklee disokong oleh kajian klinikal yang mendalam. Ia disokong oleh Kajian Landmark yang semestinya membuktikan produk Shaklee berkesan!

Anda mahu masalah angin dalam badan cepat selesai? Anda mahu orang yang anda sayang kembali sihat? Klik pada gambar di bawah, isikan maklumat serta buat pembayaran secara online, dan pihak Shaklee akan membuat penghantaran secara kurier terus kepada anda.

penyebab angin dalam badan

Anda mahukan tawaran yang lebih baik? Mungkin diskaun 10-15% bagi Vivix? Hubungi saya sekarang. Ada rahsia yang ingin saya kongsikan yang pastinya amat berbaloi-baloi!

TeamDIVA Bussiness Leader

Riza Afzan

012-4637064

Shaklee ID : 868991

Pengedar Shaklee Taiping Simpang & Kamunting

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..