4 Do’s & Dont’s Makanan Ketika Berpantang Untuk Ibu Pertama Kali Melahirkan

Created with Sketch.

4 Do’s & Dont’s Makanan Ketika Berpantang Untuk Ibu Pertama Kali Melahirkan

Pengalaman berpantang semasa kelahiran pertama memang agak mencabar bagi saya. Mana nak jaga luka episiotomi lagi. Tak pandai nak susukan baby lagi. Dan yang paling tragis bertapa dalam tandas sebab sembelit.
Mujur la masa tu ada Mak Mertua tolong jagakan ketika berpantang. Jadi makanan ketika berpantang memang beliau yang uruskan. Sepanjang tempoh tu dapat saya simpulkan ada 4 Do’s & Dont’s Makanan Ketika Berpantang Untuk Ibu Pertama Kali Melahirkan
makanan ketika berpantang

4 Do’s

1. Ambil Tahu Keperluan Kalori

Bagi wanita berpantang, jumlah kalori amat di titik beratkan. Selain dari untuk memulihkan dan memberi tenaga pada Ibu, ia juga sangat penting untuk menghasilkan susuibu yang berkhasiat untuk bayi.
Bagi wanita Malaysia yang kebanyakannya bertubuh kecil, kalori yang di perlukan adalah sekitar 1600-1800 kalori.
Ibu yang menyusukan bayi sangat beruntung kerana boleh mengekalkan jumlah kalori ini ketika berpantang kerana penyusuan susuibu itu sendiri membantu membakar kalori sebanyak 500 kalori sehari.
Tetapi seandainya ibu yang sedang berpantang tidak menyusukan bayi secara ekslusif (campur dengan susu formula) anda perlu mengurangkan pengambilan kalori dalam lingkungan 1100-1300 kalori sahaja sehari.

2. Makan Makanan Berprotein

Pilihlah ikan dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit. Ia membantu penyembuhan luka dan memberikan tenaga.

3. Cara Masakan Yang Sihat

Masak pindang, masak halia, masak asam, masak lada hitam dengan herba dan bawang putih.

4. Ambil Air Kosong Yang Banyak

Untuk membantu proses penghasilan susu badan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga penting agar tidak sembelit yang mungkin mengakibatkan luka jahitan terbuka semula. Ketahui 7 Cara Cepat Pulihkan Luka Jahitan Bersalin Agar Tak Terbuka Dan Di Jahit Semula.

4 Dont’s

1. Elakkan Makanan Kering

Ikan kering dan ikan masin WAJIB di elakkan kerana segala zatnya telah tersejat semasa proses pengeringan di buat. Selain itu ia menyebabkan darah nifas busuk, cepat kering dan lemah badan.
Kredit Google: Ikan Haruan Sangat Sinonim Dengan Proses Berpantang
Orang dahulu makan ikan kering atau ikan masin ketika berpantang di sebabkan kekangan ekonomi dan kesukaran mendapat ikan segar.

2. Elakkan Ikan Bisa

Ikan bawal hitam, terubuk, pari dan sembilang di percayai boleh mengakibatkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

3. Elakkan Ikan Gatal

Ikan kembung, tamban, cencaru, tongkol dan makanan laut boleh menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan.

4. Elakkan Minuman Ringan & Makanan Sejuk

Air gas atau air sejuk dan sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan sejuk seperti kangkung, timun, mangga, nangka dan durian belanda.
Makanan ini boleh mengakibatkan angin dan mengikut kepercayaan tradisional ia mungkin menyebabkan sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendir iaitu arthritis dan rheuatisme apabila umur meningkat kelak.
Di harapkan Ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata ini boleh menyediakan mental dan fizikal untuk menghadapi proses berpantang nanti.
InsyaAllah tak rasa sangat pun 44 hari tu dengan adanya si comel depan mata yang menjadi penghibur hari-hari kita nanti.
Your Trusted SID 

Riza Afzan Asri 

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 
 
Artikel Menarik Untuk Di Baca:
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..