Ketagihan Telefon Pintar – 10 Terma Berkaitan Wajib Ambil Tahu

Created with Sketch.

Ketagihan Telefon Pintar – 10 Terma Berkaitan Wajib Ambil Tahu

Dengan evolusi pelbagai jenis telefon, pelbagai jenis jenama dan aplikasi boleh di perolehi dari hanya sebuah telefon pintar. Tetapi dengan penggunaan teknologi ini, kita dapati semakin banyak masalah komunikasi berlaku dan sesetengahnya pulak mengakibatkan banyak salah faham.
Dari penggunaan telefon pintar yang tinggi mewujudkan ketagihan kepada pemiliknya. Antara aspek Ketagihan Telefon Pintar – 10 Terma Berkaitan Wajib Ambil Tahu oleh setiap pemiliknya supaya anda boleh mengawal ketagihan tersebut.

1. Namophobia

Terma yang tercipta oleh penyelidik British pada tahun 2008 bagi mengenalpasti individu yang merasa resah dan gelisah apabila tidak mempunyai capaian terhadap teknologi telefon pintar.

2. Smartphone zombie

individu yang secara konsisten fokus terhadap telefon pintar dan langsung tidak memberi perhatian kepada individu lain dan persekitaran mereka.

3. Smartphone cruising

Memeriksa dan update laman sosial sewaktu pergi dan pulang dari pejabat.

4. Crackberry

Lazimnya merujuk kepada pengguna Blackberry yang tidak boleh telefon mereka walaupun sebentar

5. iPwned

Apabila seseorang bercakap dengan gahnya berkenaan produk Apple

6. Smartphone dead leg

Rasa kebas atau rasa tidak mempunyai kaki disebabkan duduk terlalu lama akibat menggunakan telefon pintar, terutamanya dalam tandas.

7. Smartphone drone

Individu yang sentiasa menyembunyikan identiti sebenar yang membosankan dengan menjadi sebaliknya melalui mesej ringkas, tweet atau post yang di hantar melalui telefon pintar.

8. Smartphone elbow

Rasa sakit yang di rasai pada bahagian pelipat tangan apabila di regangkan selepas melayari laman sesawang, menghantar mesej dan melakukan sesuatu dengan telefon pintar bagi sesuatu tempoh yang lama

9. Smartphone face

Bahagian dagu yang melandut kesan daripada melihat ke bawah sewaktu menggunakan telefon pintar
10. Smartphone moment
Apabila seseorang secara tidak sedar membiarkan teman dan kenalan apabila menggunakan telefon pintar.
Hah, dari 10 terma di atas yang mana satu berkaitan dengan diri anda? Jika majoriti bermakna anda harus cuba kurangkan pergantungan kepada telefon pintar dan menghargai orang sekeliling dan masa anda. Jangan jadi zombi ya!
Rujukan: iSihat Januari 2015
Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..