Hikmah Dari Semangat ANak Kecil Yang Pantang Mengalah

Created with Sketch.

Hikmah Dari Semangat ANak Kecil Yang Pantang Mengalah

Punyalah Ibu sorok kotak puzzle ni, tapi berjaya jugak anak soleh ni jumpa.
Bila dah jumpa bukan main seronok lagi. Memang terus koyak plastik. Buka kotak terus longgokkan atas tangga tu dari petang semalam.
Petang semalam ada la dia merungut sikit,
“Puzzle ni susah la Ibu. Adik tak tahu nak buat. Jomlah kita buat Ibu”.
“Meh meh Ainur tolong Aqif”.
“Takyah, Ainur jangan sibuk. Ainur pergi susun ni.”
Dia bagi adik dia satu beg plastik mengandungi puzzle bercampur-campur stok lama.
“Adik buat lah dulu. Nanti Ibu tolong. Cuba-cuba fikir. Tengok gambar tu”.
Aqif sambung sekejap. Tapi mungkin buntu dia mendengus. Puzzle yang dia dah berjaya sambung sikit dalam sebaris tu dia tolak ketepi. Naik atas main badminton pulak.
Ya, puzzle yang baru ni memang la mencabar sebab tak ada tapak bawah tu. Memang kena ada strategi susun sendiri. Warna pun dekat-dekat je. Saiz kecik sikit dari biasa.
Tapi pagi ni turun je dari bilik, terus mengadap puzzle dia kat tangga. Sejenis kegigihan yang saya pun kagum sangat dengan Aqif.
Dia akan buat benda tu sampi dapat. Sampai dia puas hati. Sampai dia berjaya. Bila rasa tak boleh sangat nanti, dia mengendeng la kat Ibu dengan Abah. Mintak nasihat dan pertolongan.
Banyak hikmah Allah nak bagi melalui semangat Aqif ni sebenarnya. Peringatan untuk Ibu supaya bila buat sesuatu yang memang minat pun tak mustahil akan ada kegagalan berlaku.
Sama macam bisnes Shaklee yang Ibu usahakan ni la. Langit tak selalu cerah. Plan bukan selalu follow apa yang kita target. Ada ‘hiccup’ sikit sini sana. Lumrah.
Gagal nak buat apa? Meroyan? Merampus? Salahkan orang lain? NO NO NO! Ingat Aqif buat apa? Divert energy dan semangat kepada yang lebih positif, main badminton.
Jadi kalau gagal, pi la buat sesuatu yang boleh bantu sel otak dapat lebih oksigen. Ambil udara luar. Minum lebih air kosong. Buat aktiviti kegemaran. Disiplin makan vitamin. Tingkatkan amalan rohani. Paling best, tidur!
Bukan la makna kata tidur terus tak bangun dah. Tapi tidur just untuk benarkan badan recharge. Kemudian baru sambung balik urusan yang tergendala tadi.
Biasanya bila kali kedua kita akan jadi lebih bersungguh dan dah dapat skill tu. Minta tolong atau tanya pendapat orang lain, mungkin dengan bantuan mereka kita nampak jalan keluar untuk permasalahan kita.
Kita tak tau kan mungkin ada orang yang ada pengalaman serupa dengan masalah kita? Jadi kena tanya dan bercerita.
Maka perjalanan menuju kejayaan lebih mudah sebab langkah kita lebih tersusun dan kita pun jadi lebih faham. Konsep ni boleh dipraktikkan untuk segenap aspek kehidupan. Bukan bisnes Shaklee je. Setuju?
Ibu yakin hari ni Aqif mampu lengkapkan puzzle tu. Kalau dia kata nak, dia nak jugak. Nama pun Aqif Hadif. Yang berdiri dan bermatlamat.
Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang


TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
TAWARAN HEBAT!

Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..