Kawal Gula Dalam Darah Jika Tak Mahu Jantung Anda Bengkak
- Penyakit koronari jantung mewakili 2/3 daripada jumlah kematian berkaitan Diabetes Jenis 2
- Pesakit diabetes mempunyai adalah 2 hingga 4 kali lebih risiko mati akibat penyakit jantung berbanding mereka yang tiada diabetes
Penyakit Koronari Jantung
- Salur darah koronari jantung berfungsi untuk membawa masuk darah beroksigen serta nutrien ke jantung dan membawa keluar darah yang tidak beroksigen masuk ke dalam sistem aliran darah.
- Sepertimana salur darah lain,pembentukan plak yang mengecilkan salur darah boleh berlaku dan keadaan ini dinamakan artherosclerosis.
- Pembentukan plak akan mengecilkan salur darah, mengurangkan bekalan darah beroksigen dan nutrien ke sel-sel jantung yang akhirnya boleh mengakibatkan kematian sel-sel jantung. Keadaan ini turut dikenali sebagai “ischemic heart disease (IHD).
- Ini menyebabkan penurunan fungsi jantung yang bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh badan
Apa Kaitan Diabetes dan Penyakit Koronari Jantung?
- Diabetes Jenis 2 menaikkan risiko penyakit koronari jantung
- Simptom-simptom : angina, “myocardial infarction (MI)”, “Congestive Cardiac Failure (CCF) dan kematian secara tiba-tiba
- Boleh mengakibatkan jantung bengkak (cardiomyopathy) dan menurunkan kebolehan jantung mengepam darah
- Penyakit koronari jantung di manifestasikan sebagai
- Berlaku pada usia yang muda
- Penyakit sudah berada di tahap yang teruk semasa diagnosis
Bagaimana Ia Terjadi?
- Diabetes merupakan satu penyakit metabolik yang sangat kompleks
- Ia boleh mempengaruhi pelbagai sistem endokrin di dalam badan sehingga mengakibatkan peningkatan kandungan kolesterol dalam darah dan darah tinggi
- Kehadiran insulin yang tinggi akibat rintangan insulin akan mengakibatkan pelbagai masalah terutamanya keradangan.
- Kandungan gula serta kolesterol yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan darah menjadi pekat dan mengalir dengan lebih perlahan
- Aliran perlahan ini akan
- memudahkan proses pembinaan plak di dalam salur darah melalui proses keradangan/inflamasi
- menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah yang lebih pekat ke seluruh badan. Keadaan ini ika berterusan akan mengakibatkan jantung menjadi bengkak
- Plak ini akan membesar dan akan mula menutup salur darah dan menghalang pengaliran darah
- Jantung menjadi lemah tanpa oksigen dan nutrien dan akhirnya menyebabkan sel jantung mati
- Komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan
- Ubat yang dibekalkan memastikan paras gula berada dalam julat yang selamat. Jika paras gula menjadi tidak terkawal, kerosakan yang lebih teruk boleh terjadi pada tubuh.
- Oleh itu, makan ubat anda mengikut dos dan masa yang telah diberikan.
- Melakukan “self-monitoring of blood glucose (SMBG)”
- Kajian membuktikan pesakit yang membuat “self-monitoring” menunjukkan peningkatan dan kawalan yang lebih baik terhadap penyakit mereka
- Ini amat membantu dalam mengenalpasti faktor-faktor mempengaruhi pola turun naik paras gula dalam darah seperti diet dan senaman
- Ujian dilakukan sendiri di rumah dan keputusan bacaan gula dalam darah direkodkan.
- Ini seterusnya membantu para doktor dalam mencadangkan dos yang terbaik untuk pesakit dalam mengawal kadar gula dalam darah mereka
- Mengamalkan diet yang sihat
- Diet merupakan antara komponen yang penting dalam memastikan gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Ini dapat menurunkan bebanan pada sistem tubuh dalam mengawal paras gula dalam darah
- Kurangkan minuman bergas, minuman 3-in-1 dan hadkan pengambilan gula proses (gula putih)
- Pilih makanan dengan Glycemic Index yang rendah dan amalkan pengambilan buah
- Bersenam secara konsisten setiap hari
- Senaman membantu menurunkan gula dalam darah dengan mengaplikasi sistem yang amat unik tanpa menggunakan insulin
- Mengamalkan pengambilan suplemen yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh
- Bagi pesakit diabetes, sebarang pengambilan suplemen perlu mendapat kebenaran daripada pihak dokor bagi memastikan ia tidak menggangu rawatan yang sedang dijalani pesakit. Antioksidan adalah antara suplemen yang dicadangkan bagi membantu mengawal komplikasi-komplikasi diabetes menjadi lebih teruk yang berpunca daripada keradangan.
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita.
1. Resveratrol Mengurangkan Kerintangan Insulin
3. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol telah terbukti membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA dan memperlahankan proses pemendekan struktur telomere pada DNA melalui kajian oleh Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009.
Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar.
Cara 1 :
Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang
Cara 3 :