Inspirasi Bisnes Dari Mak Anak 5

Created with Sketch.

Inspirasi Bisnes Dari Mak Anak 5

Terjebak dengan bisnes ni macam satu rahmat kepada saya untuk kenal ramai orang hebat.

Dihadirkan mereka dari latar belakang yang berbeza tapi mempunyai impian yang sangat besar.
Bisnes online memang masa awalnya melibatkan golongan muda yang suka layan media sosial.
Tapi tak mustahil untuk yang berusia 40 tahun ke atas untuk terjebak dengan bisnes ni sebab boleh nampak potensi bisnes online yang boleh pergi jauh.
Ha, sebab tu bila kenal insan ni yang join #teamdiva tahun lepas, saya dah nampak kebolehan beliau.
Status seorang isteri dan Ibu tak halang beliau untuk serius buat bisnes ni betul-betul. Setiap hari tak lepas buat sharing yang berinfo dan terkesan di hati pembaca.
Beliau antara yang paling proaktif. Sentiasa cari cara majukan diri. Siap ambil kelas berkaitan penulisan pengaruh di media sosial lagi sebagai salah satu cara nak tembus market.
Kalau saya buat kelas online beliau biasanya insan terawal dan komited datang kelas. Sentiasa tunggu sampai kelas habis. Sentiasa respond. Bagi tugasan pun siap sepenuhnya. Bagi cabaran untuk conduct kelas pun beliau sahut cabaran.
Tak pernah lagi saya dapat jawapan bukan-bukan (read: alasan) sibuk la. Tak sempat lah. Cuti bisnes sebab anak-anak balik cuti tak sempat tengok hp. Kadang-kadang siap drive sendiri hantar anak balik asrama, tapi wall FB beliau tak pernah sunyi.
Bukan sekadar uruskan keluarga sendiri, tapi meladeni mak lagi, saya nampak memang beliau matang menyusun jadual dengan kesibukan tanggungjawab harian. Alah bisa tegal biasa gitu.
Jangan tak tahu beliau sanggup datang jauh-jauh hatta naik komuter sorang-sorang untuk menuntut ilmu dengan upline. Sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan membina. Makna kata beliau ‘adakan’ masa untuk uruskan bisnes ni dalam kesibukan tanggungjawab lain.
Saya memang kagum sangat dengan beliau. Sempat muhasabah diri dan tanam di fikiran, beliau ni boleh manage masa dengan faktor usia begitu, saya ni kira kategori muda lah lagi takkan tak mampu? Belum 40 lagi, maluuuuuuu aih nak mengaku penat segala.
Saya doakan semua impian dan perjuangan beliau dalam bisnes ni tercapai. Teruskan berkongsi dan meroket Kak Sarimah Salleh.
Teruskan apa yang akak usahakan sekarang. Selamat maju jaya kak. Saya pasti akak boleh pergi jauh dalam bisnes ni.
Terima kasih mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan “bukan sekadar surirumah”. Sayang ukhwah yang terbina ni sampai syurga.

 

Jika anda ingin mencuba mana-mana produk Shaklee atau ingin menjadi sebahagian keluarga #teamdiva, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang
set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara
pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan
cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang


TAWARAN HEBAT!!!
Mahukan diskaun sehingga 15% bagi semua produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!!
TAWARAN HEBAT!

Shaklee Distributor & Bussiness Leader

868991

Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..