Rahsia Puan Salwa Cergas Berpuasa Dan Menyusukan Bayi Selama 7 Tahun

Created with Sketch.

Rahsia Puan Salwa Cergas Berpuasa Dan Menyusukan Bayi Selama 7 Tahun

Bagi ibu-ibu yang pertama kali berpuasa dengan bayi di sisi mesti akan terdetik mampukah berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu. Dalam masa yang sama, badan kita pun tak rasa terlampau penat sehingga tidak boleh menguruskan apa-apa. 

Kredit: Babycentre
Hari ini saya nak kongsi kisah kawan saya ni, Rahsia Puan Salwa Cergas Berpuasa Dan Menyusukan Bayi Selama 7 Tahun. Ada 4 tau rahsia beliau kongsikan. 
Jom tengok video ni kalau betul-betul nak tahu.
 


Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.

Ha, macam mana? Dah dapat rahsia yang di idamkan? Tahniah kerana berjaya habiskan video tu. Jemput baca perkongsian ini sampai habis. Ada sesuatu yang menarik menanti anda tau.
Sebagai tambahan, saya nak berkongsi info yang saya baca dari Babycentre berkenaan kesan berpuasa pada ibu dan pada bayi.

Berpuasa: Membahayakan Bayi Saya?

Jawapannya tidak. Ini di sandarkan kepada badan anda boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa dan pengambilan kalori yang kurang di sebelah siang sepatutnya tidak menjejaskan susu yang di hasilkan.
Tetapi mungkin sedikit pengubahsuaian terhadap komposisi di dalam susu boleh berlaku. Tetapi jangan risau. 
Perubahan-perubahan kecil ini bergantung kepada apa yang anda makan ketika bersahur dan berbuka. Ini juga termasuk kekerapan penyusuan yang berlaku.
Tetapi jika anda makan terlalu sedikit dan anda perhatikan bahawa berat badan anda mulai turun (lebih dari 1kg seminggu), jenis lemak yang terkandung di dalam susu anda juga mungkin berubah.
Lemak-lemak simpanan dari bahagian badan kita ini mungkin di gunakan untuk menghasilkan lemak susu. Menarik kan? Jadi lebih mudah la kita tampil langsing semasa beraya nanti.

Menyusukan: Adakah Membahayakan Untuk Saya Berpuasa?

Anda nak tahu tak, ada satu kajian  dilakukan terhadap sekumpulan wanita yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Sampel darah di ambil dari mereka ini.
Hasil penemuan mendapati wanita yang menyusu badan mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. SubhanaAllah. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani kita diluar kemampuan kita kan?

Tanda-tanda Anda Tidak Harus Berpuasa Dan Berbuka Segera

Wanita yang menyusukan mempunyai ruksoh untuk tidak berpuasa. Menyusu badan kadangkalanya membuatkan anda sangat dahaga. 
Anda mudah ternyahhidrat dan rasa tidak sihat jika anda tidak menggantikan semula bendalir yang mencukupi ketika berbuka sehingga bersahur semula. 

Segeralah berbuka jika anda menghadapi situasi berikut:

  • Anda berasa sangat dahaga
  • Air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat
  • Anda berasa hendak pitam, lemah atau lesu
  • Anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain

Rahsia Cergas Berpuasa Dan Menyusukan Bayi – Pengalaman Peribadi

Menurut Jennifer Hor, Kaunselor Penyusuan Badan menasihatkan supaya banyakkan minum air semasa berbuka sehingga bersahur semula. Secara umumnya wanita menyusukan memerlukan 8-14 gelas air ataupun sekitar 3 liter air sehari. 
Cara minum air semasa berpuasa
Klik Untuk Besarkan
Secara peribadi saya mengambil pelbagai bentuk cecair seperti air kosong, jus buah-buahan dan air isotonik tanpa gula seperti Performance Orange bagi mencukupkan bendalir badan dan mengelakkan saya ternyahhidrat.
Selain dari itu, sebagai ibu yang menyusukan kita juga di galakkan untuk makan makanan yang mempunyai indeks glisemik (glysemic index -GI) yang rendah. GI adalah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat dalam darah.
Kenapa perlu pilih GI rendah? Ini adalah kerana karbohidrat akan terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa (gula) secara perlahan-lahan bagi memastikan anda sentiasa mempunyai tenaga berpanjangan. Lebih tenaga lebih cergas bukan?
Selain makan mi, nasi, sayur-sayuran dan kekacang yang mempunyai GI rendah, saya wajibkan juga diri saya minum ESP dan kurma ketika berbuka dan bersahur. 
ESP diperbuat dari kekacang soya non-GMO dan mempunyai kandungan protein yang tinggi bagi mengurangkan rasa lapar dan pedih ulu hati. Dulu saya seorang pesakit gastrik tegar tapi kini alhamdulillah saya mampu berpuasa.
Selain dari minum air yang mencukupi, penting juga untuk kita ibu menyusu mendapatkan nutrien, kalori dan serat dalam makanan. Dan kadang-kadang apabila perut kita terlalu penuh dengan air, kita mengabaikan pengambilan makanan. 
Dengan mengambil Mealshake multivitamin yang lengkap dengan nutrien dan fiber dapat membantu mencukupkan kekosongan nutrien yang kurang daripada menu makanan harian kita tadi. Saya akan membancuhnya satu sudu besar bercampur dengan ESP satu sudu besar setiap kali berbuka dan bersahur.
Ketiga-tiga produk ini di kenali sebagai Set Mighty 3 Gem. Ia mengandungi:

1. Performance Orange 539gram RM82.50

2. ESP-Soy Protein Isolate 850gram, RM150

3. Mealshake 544gram, RM113.73

Jika anda masih rasa ragu-ragu sama ada mampu berpuasa ataupun tidak, saya suka mencadangkan pada anda untuk berikhtiar dengan Set Mighty 3 Gem ini.
Sebagai menghargai usaha anda membaca sehingga habis saya ingin kongsikan 4 point penting Puan Salwa dalam video diatas kekal Cergas Berpuasa Dan Menyusukan Bayi Selama 7 Tahun. 
Ada ketikanya beliau berpuasa sambil menyusukan dan mengandung sekali tau. Hebat kan? Berikut rahsia beliau:

1. Pastikan proses demand & supply tidak terganggu. Susukan bayi seperti biasa dan pam di tempat kerja. Badan perlukan signal untuk penghasilan susu yang mencukupi.

2.Pastikan pengambilan air mencukupi setiap hari iaitu 3 liter sekurang-kurangnya walaupun di bulan puasa. Ini pengting untuk penghasilan susu yang baik dan berkualiti.

3. Elakkan stress. Tanamkan di minda dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu adalah cukup walaupun kita memilih untuk berpuasa.

4. Puan Salwa mengambil vitamin tambahan iaitu Set Menyusu Shaklee termasuk juga tambahan ESP dan Performance Drink.

Akhir kata, saya doakan perjalan berpuasa anda dipermudahkan. Cepat-cepat hubungi saya jika anda ingin merasai cergas berpuasa walaupun menyusukan. Seronok jika dapat berpuasa kerana anda tidak perlu memikirkan untuk qadha puasa kelak. Ramadhan kareem.
Your Trusted SID


ID 868991
Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!
Artikel Menarik Untuk Dibaca:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..