6 Cara Senaman Ibu Hamil Supaya Mudah Meneran Ketika Bersalin

Created with Sketch.

6 Cara Senaman Ibu Hamil Supaya Mudah Meneran Ketika Bersalin

Sejujurnya sepanjang mengandungkan tiga orang anak, saya memang tidak pernah mengamalkan senaman yang teratur. Cuma ada lah beberapa kali ambil peluang ke taman atau padang untuk membawa anak-anak bermain.
Rupa-rupanya memang ada senaman khas untuk ibu hamil. Saya kongsikan hasil pembacaan saya 6 Cara Senaman Ibu Hamil Supaya Mudah Meneran Ketika Bersalin.

cara senaman ibu ketika hamil
Jangan risau. Semua jenis senaman ini adalah bersifat lembut dan paling penting ia boleh membantu bakal ibu mengawal pernafasan agar mudah di praktikkan ketika meneran nanti. 

1. Senaman Lantai Pelvik

Semasa mengandung, otot-otot plevik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Oh! Inilah sebabnya dulu saya mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah.

Senaman pelvik ni rupanya sangat membantu menguatkan kembali otot pelvik.

Kegel Antara Senaman Yang Mampu Menguatkan Pelvik Wanita

Caranya melakukannya:

  • Buat kemutan 
  • Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.
  • Lakukakn dalam kiraan 6 saat. Rehat. Ulang semula.

2. Menaiki Tangga

Rupanya ada manfaat juga saya terpaksa menaiki tangga semasa mahu ke kelas untuk mengajar dulu. Tetapi ia sangat tidak di galakkan  di lakukan pada awal kehamilan ya. 
Ini kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat menghadapi tekanan ketika menaiki tangga tersebut.

Manfaat: 

  • Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik.
  • Menaiki tangga dengan kerap tetapi perlahan-lahan mendaki anak tangga di percayai dapat mempercepatkan bukaan perinium dan memudahkan proses bersalin.

3. Berjalan Kaki

Senaman jenis ini selalu juga di praktikkan tetapi di shopping complex lah. LOL
Aktiviti berjalan ini sangat bagus untuk mengeluarkan peluh di samping menggerakkan otot-otot yang bakal di gunakan semasa bersalin nanti.

Cara Melakukannya:

  • Mulakan dengan berjalan perlahan-lahan dengan jarak yang pendek.
  • Amalkan 3x dalam seminggu.
  • Kemudian boleh di tambah kelajuannya dan jumlah jarak.

4. Bertinggung

Bertinggung adalah posisi seakan mencangkung tetapi yang membezakannya adalah kita menahan dengan menggunakan jari kaki.

Cara Melakukannya:

  • Dalam keadaan ini, kaki berada dalam keadaan bertinjit.
  • Kedua-dua belah tangan di atas kedua-dua belah lutut.
  • Tahan selama yang mampu samping bernafas perlahan-lahan.
  • Lakukan sekerap yang anda mahu.

Manfaat:

  • Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

5. Kerja Rumah

Ini antara senaman yang paling konsisten saya buat setiap hari. Dan saya amat sukakannya. 


Antaranya seperti menyapu sampah, memasak, menyidai pakaian dan membasuh bilik air. Dan paling ingat betapa cerewetnya saya ketika mengandungkan anak ketiga kerana saya mesti membersihkan mangkuk tandas setiap kali mahu menggunakannya.
Tapi ingat, jangan melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat tong gas. Ia sangat merbahaya. Setelah membuat pelbagai kerja rumah jangan lupa minum banyak air kosong ya.

6. Berenang

Ini antara senaman yang paling ‘fail‘ sekali sebab saya memang tak pandai berenang. Tahukah anda senaman ini amat di galakkan  kepada ibu hamil.
Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.

Manfaat:

  • Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin. Ini kerana pernafasan yang panjang bakal di perlukan sepanjang proses meneran.
  • Selain itu berenang juga dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.
Selain daripada itu jangan abaikan pengambilan makanan dan vitamin prenatal anda sepanjang tempoh ini. Ia amat penting untuk memastikan anda kekal cergas dan membantu memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi anda.
Bercakap tentang cergas semasa mengandung, saya teringin sangat nak kongsi tentang bagaimana kawan saya ni mampu mendaki berpuluh-puluh anak tangga semasa melawat Candi Borobudur. 
Semangat betul dia ni. Tak mengah langsung. Apa rahsia beliau ya? Boleh travel jauh nun sampai di Jogjakarta. Saksikan video ini untuk tahu rahsia beliau.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


Dan semestinya saya ada berita menarik untuk di kongsikan dengan anda jika mahu fit dan cergas seperti kawan saya ni. Anda boleh dapatkan Set Hamil Shaklee dengan diskaun sebanyak 5% sepanjang bulan ini. Dan nak lagi untung, daftar terus Jadi Ahli Shaklee Percuma Sebotol Vitalea Multivitamin Tertua DI Dunia.
Jangan tunggu lagi. Kehamilan bukan alasan untuk kita bermalas-malasan di rumah dan meninggalkan aktiviti yang kita suka lakukan. Jangan nanti dah sampai masa meneran baru teringat “menyesalnya dulu tak aktif dan cergas”. Hah! Masa tu dah terlewat sangat dah. 
Dapatkan set anda sekarang dengan harga yang super berbaloi. Anda boleh hubungi saya seperti keterangan di bawah ya.
Your Trusted SID 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!

 

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..