Bolehkah Berurut Ketika Hamil?

Created with Sketch.

Bolehkah Berurut Ketika Hamil?

Masa mengandung anak kedua pada tahun 2012 dulu pernah sekali bila sampai ofis saya tak boleh turun dari kereta. Sebabnya bahagian pinggul rasa sakit sangat, kaki rasa berat tak boleh nak angkat. 
Masa tu cuak sangat dah terfikir lumpuh ke apa ni sebenarnya. Tapi lepas duduk lama sikit dalam kereta, urut-urut kaki dan sapu minyak (mujur ada spare dalam kereta), perlahan-lahan buat regangan ringan alhamdulillah ok sikit. 
Masa nak turun kereta tu terpaksa jugak ampu betis angkat kaki untuk menapak keluar. Sampai ofis kawan-kawan pelik kenapa jalan slow sangat. Sambil ambil nafas sambil bercerita kisah tadi. 

Ada yang cadangkan supaya pergi mengurut. Saya dah rasa was-was. Bolehkah Berurut Ketika Hamil ni? Tak bahayakan kandungan?

Kalsium Bantu Kurangkan Kekejangan  Dan Sakit Badan

Di ofis saya call suami bagitau pasal masalah tadi. Suami pun susah hati. Ye lah, macam mana nak balik drive kereta nanti. Di buatnya kaki kejang tengah jalan, tak pasal-pasal je. 

Suami suruh saya makan pil kalsium Ostematrix dulu untuk bantu legakan kekejangan kaki tu buat sementara waktu. Sepanjang hari tu keadaan masih terkawal.

Kalsium memang sangat di akui keberkesanannya dalam mengurangkan kekejangan dan sakit-sakit badan seperti pengalaman ibu muda ni. Jom saksikan.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.
ibu yang hamil & menyusu memerlukan banyak kalsium. Kalau tak cukup, jadilah macam ibu muda ini. Lebih kesian, gejala kekurangan kalsium membuatkan gigi anaknya juga decay…

Pengalaman Pertama Berurut Ketika Hamil

Keesokan  harinya masalah yang sama berulang, kali ni terjadi masa saya mahu bangun dari kerusi selepas bersarapan di rumah. Sekali lagi menahan sakit. Maka saya terpaksa cuti kecemasan  hari tu.

Mujur la masa tu Allah bagi ilham untuk bertanya pada perawat tradisional urutan melayu di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari Hospital Putrajaya tentang masalah saya ni. Jawapannya, Ya wanita hamil boleh berurut.

Anak nak masuk dua baru saya tahu boleh berurut ketika hamil! Anda macam saya tak? Memang kita risau dan takut kan untuk melakukan sebarang urutan sepanjang tempoh hamil. rela tanggung sakit sampai kronik macam kes saya ni.
Selalunya bila keadaan sarat memang mudah rasa bisa-bisa badan, sengal otot dan saraf, terutama di bahagian pianggang, pinggul, betis, tumit dan tapak kaki. Nak pula bila berat naik secara mendadak, memang tak tertanggung dek tapak kaki yang kecik ni.
Merujuk kepada buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ibu hamil boleh berurut tetapi tidak di galakkan melakukan urutan badan dengan kerap kerana jika tersalah urut, akan menimbulkan masalah pada kita semula. Dan paling penting perlu menggunakan khidmat tukang urut yang pakar atau terkenal merawat orang sekeliling.
Maka saya pun minta suami mendapatkan temujanji di luar waktu pejabat dengan perawat urutan melayu tersebut. Semasa sesi berurut, beliau mendapati kesan sengal-sengal di bahagian badan saya terutama di bahagian kaki tu di sebabkan kedudukan bayi menyusuk atau terlalu rendah sehinga mengganggu pergerakkan. 

Merujuk kepada masalah saya, sebenarnya ada urat yang bengkak dan sedikit ‘tersepit’ sebab tu saya mudah rasa kejang. Selalunya jika masalah begini, perlu betulkan urat dulu baru lah makan kalsium pun tidak menimbulkan sebarang masalah. 

Ye lah, nanti ada yang kata makan kalsium Shaklee tu tak bagus pun. Still rasa sakit. Jadi anda kena faham ‘root problem’ dulu sebelum menyelesaikan apa-apa masalah ya.

Mungkin juga sebab masa tu kandungan saya dah berusia 37 minggu. Memang tengah menanti hari orang kata. Bayi pun memang dah turun. Memberat ke bawah. Saya pula setiap hari memandu hampir 30 km dari rumah ke ofis. Maka tekanan dan kesakitan tu mudah terasa.
Selain dari urutan di di sebabkan keadaan bayi yang menyusuk di tulang pelvis yang membuatkan saya kurang selesa untuk bergerak, saya juga mendapatkan urutan ringan untuk masalah kaki sembab di sebabkan retensi air. 

Bonus Rawatan Kaki Sembab Dan Bengkak

Perawat tersebut tidak lokek berkongsi ilmu menyarankan saya yang tengah sarat masa tu supaya cari masa dalam 10-15 minit dengan membaringkan badan di atas lantai tanpa bantal serta mengangkat kedua-dua belah kaki dan menyandarkannya ke dinding. Lakukan sekali dua dalam sehari dalam keadaan selesa dan rileks.

Sebenarnya seronok dapat berurut dengan pakar dan orang berilmu kerana mereka ni tak lokek ilmu jika jika bertanya. Seperti ilmu 5 Jenis Rahim Wanita Yang Ramai Tak Tahu Walaupun Dah Ramai Anak.  

Akhir kata, jika anda menghadai masalah seperti saya boleh la cuba berurut dengan tukang urut yang anda percayai. Link artikel di atas ada saya kongsikan nombor telefon tukang urut yang saya pernah dapatkan khidmat mereka di hujung artikel. 

Jadi jangan biarkan kesakitan mengganggu perjalanan kehamilan anda. Selepas berurut saya rasa sedikit mudah untuk berjalan dan masih konsisten makan pil kalsium ostematrik untuk manfaat saya dan bayi dalam kandungan. Semoga perkongsian pengalaman yang tak seberapa ni  memberi manfaat buat anda ya. 

Enjoy your pregnancy journey!

Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
Powered by