Hukum Rokok Dalam Islam Yang Perlu Anda Tahu Supaya Anda Tak Terus Menerus Buat Dosa

Created with Sketch.

Hukum Rokok Dalam Islam Yang Perlu Anda Tahu Supaya Anda Tak Terus Menerus Buat Dosa

Saya selalu berhadapan dengan pesakit dan pelanggan yang memang ada niat nak berhenti merokok. Bukan sekali, tapi dah banyak kali nak berhenti merokok. 
Bagi yang beragama Islam, sebenarnya ramai yang tahu hukum rokok dalam Islam. Selalunya saya akan tanya soalan ini :
Saya : 
Pakcik tahu tak hisap rokok ni haram?
Pakcik : 
Pakcik tahu haram. Tapi nak buat macam mana. Kalau pakcik tak hisap rokok, langsung pakcik tak boleh buat kerja. Kalau pakcik tak buat kerja, pakcik tak dapat gaji. Bila tak dapat gaji, pakcik tak dapat beri nafkah pada keluarga. Bukan ke berdosa, cik? Jadi pakcik terpaksa hisap rokok.
Panjang kan jawapan dia? Siap pusing cerita lagi agar sesuai dengan apa yang dia rasa. Dan saya pasti ramai yang mampu bagi jawapan yang cukup mantap untuk meng’HALAL’kan rokok ini. Setuju tak? Kalau setuju, turun tangan!
Jadi untuk membantu mereka yang dah bosan jadi penghisap rokok ‘second hand’ (second-hand smoker), kali ini saya nak kongsikan poin-poin yang anda boleh gunakan untuk buktikan kenapa rokok ini diHARAMkan dalam Islam.
FAKTA PENTING!
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 
i. Rokok itu sebenarnya RACUN!

Tak payah nak sangkal-sangkal lagi la wahai perokok. Takde satu pun benda dalam rokok tu yang bukan racun. Dan rasanya, perokok lebih arif tentang kandungan rokok ini. Betul tak? Siap ada yang boleh tolong senaraikan 🙂 

Tak payah nak cakap banyak, nikotin sendiri dah diklasifikasikan sebagai racun dalam Akta Racun 1952. Kalau tak percaya, boleh rujuk sendiri. Dari “filter” rokok tu sampai ke bahan-bahan additif lain, semuanya racun. Saya ulang, RACUN!!  Sebut sahaja semua benda-benda bertoksik di dunia ini, insyaAllah ada dalam rokok. 
Dan yang paling mengejutkan, perokok tahu tentang perkara ini! Maksudnya, para perokok ini mengakui rokok ini sebenarnya berbahaya, tetapi mereka masih lagi menghisap rokok. Hairan bukan? Lebih kurang kalau korang diberi sepinggan nasik yang luarannya elok, tapi sebenarnya dah basi, berkulat, berair etc, tapi anda masih nak makan. Geli kan?
kandungan sebatang rokok
ii. Merokok menjadi penyebab utama penyakit-penyakit kronik

Kalau dah nama pun racun, dan diambil pulak dalam kuantiti yang banyak dan konsisten, risiko anda untuk mendapat penyakit lbih tinggi berbanding orang yang tidak merokok. Maaf, saya bukan mendoakan. Tapi anda sendiri yang menjerumuskan diri ke dalam kemudaratan. 

Saya bagi anda contoh. Salah satu kandungan rokok adalah kadmium, yang industri gunakan sebagai bahan untuk buat bateri. Bayangkan la setiap hari anda hisap rokok sedikit demi sedikit secara konsisten, bukan ke ia akan berkumpul dalam badan. Bila dah banyak, anda rasa apa akan jadi? 
Dan itu pula belum masuk bahan-bahan lain macam bahan api roket semua lagi kan? Saya tak rasa anda akan bertukar jadi Superman sebab ada tenaga lebih dari kadmium dan bahan api roket yang sememangnya banyak dalam badan kan? Hehehe…
Bahan-bahan ini sebenarnya akan mengakibatkan pelbagai tindak balas dalam badan. Dan tak semuanya baik. Sebagai contoh, tar (kandungan utama di dalam rokok) akan merosakkan paru-paru. Tar akan mengakibatkan mutasi pada DNA dan akhirnya menyebabkan kanser. 

Ironi kan? Bagaimana sebatang rokok yang beratnya tidak sampai 10gram, menjadi punca utama kepada semua ini? Dan anda mungkin mengatakan “Dah takdir, apa boleh buat?”. Tetapi tahukah anda semua ini boleh dielakkan jika anda mengambil langkah utama untuk elakkannya? Ini bukan satu kebetulan ye. Segalanya telah dikaji dan disahkan melalui kajian demi kajian tentang bagaimana benda 10gram ini akhirnya menjadi penyebab anda akhirnya terbaring di katil hospital memohon belas ihsan Allah untuk menyambung nafas anda.

Dan tahukah anda rokok merupakan penyebab utama kepada ialah :

  • kanser kerongkong
  • kanser mulut
  • katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun)
  • ulser perut
  • penyakit jantung
  • strok
  • penyakit paru-paru
  • emfisema paru-paru
Jangan risau, ini hanyalah senarai pendek kesan-kesan merokok. Senarai panjang anda boleh la tanya pada Encik Google ya? 

iii. Pembaziran kepada wang untuk merawat mereka yang mengalami komplikasi akibat merokok

Berdasarkan statistik terbaru, kerajaan membelanjakan hampir RM 20,000,000,000 a.k.a RM 20 billion bagi menanggung kos rawatan mereka yang menghidap penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh merokok. RM 20 billion ye? Bukan RM20 ribu. Billion! Itulah yang telah kerajaan gunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan dengan hanya mengatakan “Tak Nak Merokok”. 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”. 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

  • Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
  • Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
  • Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
  • Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
  • Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i)    Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii)   Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii)  Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

Sekarang ni,kami di MYHealhVenture nak buat offer Cara Berhenti Merokok Mudah Dengan Bimbingan Pakar Agar Hidup Lebih Kaya kepada pelanggan kami yang membeli Vivix dengan niat untuk menghentikan tabiat yang sememangnya HARAM, MEMBAZIR & MEMUDARATKAN
Kami akan provide sekali 1-to-1 coaching & kaunseling secara PERCUMA sehingga anda BERHENTI MEROKOK..

Jangan risau, saya adalah Certified Smoking Cessation Service Provider (CSCSP) , telah menjalani latihan selama 2 tahun di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan terlibat secara langsung memberi latihan kepada Pegawai-pegawai Farmasi KKM ,dan saya YAKIN saya mampu bantu anda lakukannya.

Kalau sahabat di dalam video ini boleh buat tanpa apa-apa ubat, kenapa anda tak boleh? 

Banyak orang nak berhenti merokok tetapi gagal. Ini cara paling selamat & mudah untuk berhenti merokok untuk selama-lamanya…
Ingat,
Fast Action, Fast Result. 
Massive Action, Massive Result.
Tapi if SLOW ACTION?
SLOW ACTION, NO RESULT!!!!

Lihatlah ke dalam mata insan yang anda sayang. Mahukah anda melihat mereka yang menanggung azab atas “kenikmatan sementara” yang anda nikmati?

Mahukah anda melihat mereka terbaring di atas katil hospital bertarung nyawa untuk mendapatkan udara hanya kerana anda mementingkan diri sendiri dengan merokok?

Jangan fikir lagi. Jika anda mula bertindak sekarang, insyaAllah dengan cara yang tepat, anda mampu berhenti merokok kurang 3 bulan!! Jadi kenapa tak cuba?
Setiap hari yang berlalu  tanpa rokok, tubuh anda akan disucikan daripada toksin-toksin yang selama ini menguasai diri anda.

Dan saya pasti, insan yang anda sayang akan tersenyum lebar kerana hajatnya tercapai dan anda mula mendapat keberkatan daripada-Nya.

PERCAYALAH!!!!

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan konsultasi terbaik untuk diri anda. 

p/s: jika anda mahukan Deal yang lebih menakjubkan, pm saya k 🙂

Your Trusted SID 

SMS/Whatsapp/Telegram 012-9062030
Email: hazlinordin83@gmail.com
~Happy to share, pleasure to help!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..