9 Tips tidur lena macam makan Stillnox

Created with Sketch.

9 Tips tidur lena macam makan Stillnox

Bagi kebanyakan yang bergelar ibu bapa, rasanya rutin kita semua sama especially yang masih bekerja makan gaji. Balik je kerja, siapkan anak-anak,layan diorg main (ye la, seharian tak jumpe kan?) n bile dorg dah tdo, time nak siapkan kerja ofis plak.

By the time kerja siap, tengok2 jam dah pukul 3 pagi. Isk, lagi 2 jam nak kena bangun dah..mesti dah terbayang badan akan penat esok nyer. N yang pasti, start la pikir nak ngelat ambil MC (jangan amalkan ye.hehehe…)
So nak tak saya kongsikan tips untuk dapatkan tidur lena macam makan Stillnox?.. Bangun je pagi, rasa sangat segar n badan pun tak letih? Best kan?
TIPS #1 Tentukan Gelombang Tidur Anda
Pernah dengar tentang “Ultradian Rhythm”? Ia bermaksud satu
tempoh yang berlaku dalam setiap tubuh manusia setiap 90-120 minit dan lebih
menonjol ketika tidur.
Menurut Dr David Morawetz, seorang pakar dalam masalah tidur
dari Melbourne, apabila anda sudah mengantuk dan menangguhkannya semata-mata
untuk menghabiskan satu bab di dalam majalah kesukaan anda, anda akan melewati
gelombang tidur ini dan menyebabkan anda tidak mengantuk lagi.
Apabila anda melewati tempoh tersebut, rasa mengantuk akan
hilang dan anda perlu menunggu 90-120 minit yang seterusnya untuk melalui
tempoh Ultradian Rhythm itu semula.
Oleh yang demikian,apabila rasa mengantuk itu hadir,
tinggalkan semua aktiviti anda dan tidurlah. Ini kerana tempoh Ultradian Rhythm
hanya akan bertahan selama 5-7 minit sahaja. Jadi manfaatkan ia sebaik-baiknya
ye..
TIPS #2 Pilih untuk tidur secara berjadual
Mesti ramai yang tidur ikut suka hati je. So mulai hari ini,
tidur dan bangun dari tidur pada masa yang sama setiap hari. TERMASUKLAH HARI
MINGGU!!!
Dengan menjadi konsisten, kitaran tidur akan dapat
diperkukuhkan  dan akan dapat membantu kea
rah tidur yang lebih nyenyak.Masuk tidur dan bangun dari tidur pada masa yang
sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu dan hari cuti!
NOTA : Jika anda tidak dapat tidur dalam masa lebih kurang 15
minit, bangunlah dan lakukan sesuatu yang menenangkan. Pergi masuk tidur semula
apabila anda berasa letih. Jangan memaksa diri untuk tidur kerana semakin
dipaksa, ia akan menjadi semakin sukar untuk terlelap.
TIPS #3 Beri perhatian terhadap apa yang anda makan dan minum
Jangan masuk tidur dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang.
Ketidakselesaan anda mungkin akan menyebabkan ada terus berjaga. Juga hadkan
kuantiti minuman yang diminum sebelum tidur, untuk menghindari gangguan tidur
tengah malam iaitu sering berulang-alik ke tandas.
Nikotin, kafein dan alkohol perlu juga diberi perhatian.
Kesan rangsangan nikotin dan kafein— yang mengambil masa berjam-jam untuk
hilang  — boleh merosakkan tidur yang berkualiti. Dan walaupun
alkohol mungkin dapat membuatkan anda berasa mengantuk pada awalnya, ia dapat
menggangu tidur pada waktu tengah malam.
TIPS #4 Lengkapkan nutrisi anda dengan supplemen yang sesuai
Anda boleh cuba untuk mengambil kalsium serta vitamin B
Complex bagi membantu anda tidur lebih lena.
Pengambilan kalsium sebelum tidur membantu tubuh untuk
membaiki struktur tulang dan otot yang mungkin mengalami degradasi sepanjang ia
aktiviti harian anda. Bekalan kalsium yang mencukupi membantu otot menjadi
lebih relax dan yang pastinya mengelakkan anda mengalami CRAMP pada waktu
malam.
NOTA : OsteMatrix membekalkan
nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan
dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D
dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara
kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga
mudah ditelan.
Vitamin B Complex yang diambil sebelum tidur juga membantu
tubuh mengawal  atur konsentrasi
tryptophan, sejenis asid amino yang penting dalam memastikan tidur yang
berkualiti. Komponen vitamin B3, B5, B9 dan B12, masing-masing mempunyai peranan untuk mendapatkan tidur yang lena.
Pengambilan produk untuk sendi seperti Advanced Joint Health Tablet juga
membantu tubuh membaiki struktur sendi ketika tidur untuk mendapat tidur yang
lena. AJHT ini mengandungi ekstrak boswellia yang
bertindak pantas, ekstrak jagung, vitamin C, zink, kuprum dan mangan yang
membantu mengurangkan ketidak selesaan sendi dan seterusnya mengurangkan
gangguan ketika tidur.

TIPS #5 Lakukan aktiviti ritual sebelum tidur
Lakukan perkara yang sama setiap malam untuk memberitahu
tubuh anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat. Ini mungkin termasuklah
mandi, membaca buku, atau mendengar muzik yang menenangkan  — dengan
lampu yang malap atau dipadamkan terus. Aktiviti yang menenangkan boleh
membantu tidur yang lebih baik dengan meringankan peralihan diantara terjaga
dan mengantuk.
Tetapi, waspada dengan menggunakan TV atau alatan
elektronik yang lain sebagai ritual sebelum tidur anda. Sesetengah kajian
menunjukkan bahawa skrin, dan media lain yang digunakan sebelum tidur boleh
menggangu tidur.
TIPS #6 Pastikan keselesaan
Cipta bilik tidur yang sesuai untuk tidur. Lazimnya, ini
bermakna bilik yang nyaman, senyap dan gelap. Cuba pertimbangkan untuk
menggunakan langsir yang boleh menggelapkan bilik, kipas angin dan alatan lain
yang dapat mencipta susana yang sesuai dengan keperluan anda.
Tilam dan bantal anda juga dapat membantu ke arah tidur yang
lebih baik. Pilih bantal, selimut, tilam, cadar yang dirasakan paling
selesa untuk anda. Jika berkongsi katil, pastikan terdapat ruang yang mencukupi
bagi kedua-duanya. Jika anda mempunyai anak-anak atau haiwan peliharaan,
tetapkan had mengenai seberapa kerap mereka boleh tidur dengan anda atau pun
pilih untuk asingkan tempat tidur mereka.

TIPS #7 Hadkan masa tidur siang
Tidur siang yang berpanjangan dapat menggangu tidur malam
anda — terutamanya jika anda menghidapi insomnia atau tidur yang
tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk tidur di siang hari, hadkan masanya
ke 10 atau 30 minit dan lakukannya semasa tengahari. Dan jangan lupa, tidur sebentar pada waktu tengah hari adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang dikenali
sebagai QAILULAH.
Jika anda bekerja pada waktu malam, anda perlu membuat
pengecualian terhadap peraturan untuk tidur siang. Dalam kes ini, pastikan
tingkap anda ditutup rapat supaya cahaya matahari tidap menggangu tidur
anda ketika waktu siang.
TIPS #8 Masukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian
Aktiviti fizikal secara kerap dapat membantu tidur yang
lena, membantu anda tidur dengan lepih cepat dan menikmati tidur yang nyenyak.
Masa juga mamainkan peranan yang penting. Jika anda bersenam hampir dengan masa
tidur, anda mungkin akan berasa terlalu bertenaga untuk tidur. Jika ini menjadi
satu permasalahan kepada anda, bersenamlah pada waktu awal hari.
TIPS #9 Uruskan tekanan

Jika anda mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan
terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, tidur anda pasti akan terganggu.
Untuk membantu mengembalikan semula ketenangan dalam hidup, benarkan diri anda
untuk berehat apabila anda memerlukannya. Sebelum tidur, catatkan apa yang berada
dalam fikiran anda dan ketepikan ia untuk dilakukan pada  hari esok.
So, itu sahaja yang saya boleh kongsikan buat masa ini.
Jadi tunggu apa lagi? Hubungi kami untuk konsultasi percuma dan servis yang terbaik dari MyHealthVenture.
Pengedar Shaklee Taiping,
Riza Afzan Asri
868991
012-4637064

 

One Response

  1. Oh baru tahu stillnox tu sejenis ubat tidur,
    Saya suka tips2 yang best terutama tntg qailulah.
    Nak share jugak pengalaman dari petua hilangkan stress yang kami sekeluarga amalkan ni juga terbaik untuk dapatkan tidur yang lena serta berkualiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..