8 Persediaan Sebelum Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tak Gelabah

Created with Sketch.

8 Persediaan Sebelum Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tak Gelabah

Pernah seorang doktor menasihatkan saya untuk banyakkan membaca mengenai penyusuan dan penjagaan bayi semasa mengandung. Terutama mengandung anak pertama. 
Pesan beliau jangan hanya mendengar ‘nasihat’ turun-temurun semata-mata tanpa mengambil bahan bacaan yang formal. Kita perlu tingkatkan ilmu dan luaskan kefahaman untuk menjaga dan mendidik anak.
Berikut saya kongsikan hasil pembacaan saya tentang 8 Persediaan Sebelum Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tak Gelabah bila saat bersalin tiba nanti. Bayangkan kalau kita gelabah, suami kita 10x ganda lebih gelabah tau. 

persediaan sebelum bersalin

1. Ubat Membuang Najis

Biasanya di berikan kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin. Ia digunakan untuk mengelak najis keluar bersama ketika proses meneran.
Tetapi sebelum di beri selalunya nurse yang bertugas akan bertanya dahulu sama ada anda telah membuang air besar atau cirit birit. Jika ya, ubat ini tidak akan di beri.
Saya mendapatnya ketika menunggu proses bersalin anak pertama dan kedua. Memang jenuh la ulang alik ke tandas. Tapi lega sebenarnya sebab lepas je bersalin kurang sikit masalah sembelit sebab habis isi perut dah keluar.
Puan dalam video ni pun bebas sembelit ketika berpantang. Apa ye rahsia beliau? Saksikan.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

2. Ubat Cetusan (‘Induce‘)

Selalunya di berikan jika usia kandungan overdue atau pernah ada sejarah kematian anak sebelum itu. Doktor mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan risiko kematian bayi yang tidak di jangka di dalam kandungan.

3. Entonoks (gas dan udara)

Saya pernah mendapatkan bantuan entonoks untuk mengurangkan kesakitan semasa kelahiran anak pertama. Keputusannya? Saya tak begitu menggemarinya sebab ia menyebabkan saya jadi ‘mabuk’ dan mengantuk yang teramat sangat.
Entonoks ialah campuran gas nitrus oksida dan oksigen untuk menahan rasa sakit tetapi tidak sepenuhnya seperti epidural. Dalam erti kata lain, anda masih akan ada rasa sakit ketika kontraksi berlaku.

4. Epidural

Sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Ia sangat berkesan untuk melegakan kesakitan terutama pada bahagian pinggang belakang.
Hospital kerajaan jarang menawarkan epidural kepada pesakit. Tetapi jika anda bercadang mahu bersalin di hospital swasta anda boleh request pada nurse dan setiap suntikan ada bayarannya. Saya tak pernah mendapatkan sebarang suntikan epidural sepanjang tiga kali melahirkan anak.

5. Bayi Tidak Bergerak

Waktu jangkaan bersalin hampir tiba. Bagaimanapun anda mengesyaki bayi kurang bergerak. Jika anda berasa tidka sedap hati, segeralah ke hospital sebelum sesuatu yang buruk terjadi.
Keadaan bayi kurang bergerak dari 10 kali untuk tempoh 12 jam mungkin di sebabkan bayi lemas di dalam kandungan. 
Jadi cepat bertindak ya. Tak perlu tunggu-tunggu lagi kawan di status FB atau di whatsapp. Nyawa bayi lebih utama. Setiap saat berharga.

6. Overdue

Tarikh bersalin lewat dari jangkaan sebenar. Ubat induce di gunakan untuk mencetus kelahiran jika lewat melebihi 7 hari bagi mengurangkan sebarang komplikasi.
Overdue berlaku apabila saiz kepala bayi besar berbanding saiz pelvik. Ia mungkin tersekat, tiada kontraksi dan ada juga mempunyai genetik kehamilan yang panjang. Selalunya pada peringkat ini anda perlu ke klinik kesihatan dengan kerap untuk pemeriksaan.

7. Episiotomi

Ini adalah perkara yang paling menggerunkan bagi para ibu yang bakal melahirkan kelahiran sulung. Kebiasaanya ia WAJIB untuk anda yang menghadapi kelahiran sulung. 
Guntingan kecil antara faraj dan anus akan dilakukan bagi menjayakan teknik ini. Bahagian itu akan dibius sebelum di gunting.
Kesan akibat guntingan itu akan memberi rasa tidak selesa untuk tempoh beberapa minggu sehinggalah luka jahitan sembuh. Jangan risau. Ada 7 Cara Cepat Pulihkan Luka Jahitan Bersalin Agar Tak Terbuka Dan Di Jahit Semula
Satu lagi perkara yang penting anda perlu elakkan sembelit dan amalkan Tips Minum Air Dalam Pantang Elak Perut Buncit.

8. Kelahiran Bantuan

Terdapat teknik-teknik yang mampu membantu kelahiran anda. Ia termasuk pembedahan, caesarean, forcep dan vacuum.
Ia selalunya akan diaplikasikan apabila doktor mendapati sama ada keadaan bayi atau ibu yang tidak memuaskan.
Jadi, itulah serba sedikit persediaan sebelum bersalin yang anda perlu tahu supaya anda kekal tenang. Ia membantu memudahkan anda membayangkan jika doktor atau nurse bertanya pada anda mengenai perkara di atas  kelak.
Saya doakan perjalanan kelahiran bayi anda dipermudahkan dan diberikan kelancaran. Moga ibu dan bayi sihat dan selamat. Jika mahu, boleh buat persediaan awal Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don.
Semoga semua perkongsian ini bermanfaat!
Your Trusted SID

 
ID 868991

Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..