6 Tips Asas Banyakkan Susu Ibu Wajib Buat Bila Susu Merudum

Created with Sketch.

6 Tips Asas Banyakkan Susu Ibu Wajib Buat Bila Susu Merudum

Susu merudum itu adalah perkara yang normal. Tiada seorang pun ibu di dunia yang penghasilan susunya konsisten sama sepanjang masa. 
Pelbagai faktor mempengaruhi penghasilan susu seperti kurang mengaplikasi konsep ‘suppy & demand’, tekanan, perubahan hormon dan jenis-jenis hidangan yang kita ambil.
Jangan susah hati tentang susu merundum. Nanti lagi mempengaruhi penghasilannya. Yang penting anda perlu bertenang, positif dan yang penting mencari cara yang sesuai bagaimana mahu meningkatkan semula penghasilan susu bagi memenuhi keperluan anak.
Di sini saya kongsikan 6 Tips Asas Banyakkan Susu Ibu Wajib Buat Bila Susu Merudum. Anda perlu berterusan mengamalkan tip-tips berikut tanpa culas ya. Ingat, anak anda memerlukan susu terbaik dari anda.

Tip #1 – Pam Atau Susukan Bayi Setiap 2-3 Jam

Pernah dengar tentang konsep penawaran dan permintaan? Konsep ‘supply and demand‘?
Sebenarnya susu ibu itu di hasilkan berdasarkan konsep tersebut. Bermakna jika lebih kerap susu diminta dan diberikan, maka lebih banyak susu akan terhasil. Mudah konsepnya kan?
Jadi jika anda mahu susu anda banyak, kerapkan pam atau susukan bayi terus dari payudara minimum 8x sehari. Nak lagi bagus, 12 kali. 
Kenapa minimum 8 kali? Kerana dalam sehari ada 24 jam. Jadi 24jam di bahagi 8 kali jawapannya 3 jam. 
Maka anda harus pastikan payudara anda kosong paling lewat 3 jam dari sesi pengosongan yang lepas supaya penghasilan susu anda tidak merundum lagi.
Jangan percaya kepada mitos yang susu akan kering jika payudara kerap di kosongkan. Malah itu AJARAN SESAT! Jangan biarkan diri anda terpedaya dan percaya kepada perkara yang tidak benar.
Anda harus tahu apabila payudara anda di kosongkan sama ada secara langsung ataupun pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi anda dapat di penuhi dengan baik.

Tip #2 – Usah Tunggu Sehingga Penuh

Ini selalu terjadi bagi ibu-ibu yang bekerja. Anak tidak berada di hadapan mata bukan bermakna anda perlu abaikan sesi mengosongkan payudara anda ya.
Selalu saya nasihatkan pelanggan/kawan-kawan jika kita bekerja sekalipun sila bayangkan anak kita berada dengan kita, dekat dengan kita. Sebabnya?
Sebab kalau kita ingat macam tu, kita tak kan culas atau bertangguh untuk memberi susu pada anak kita kan? Kita tak kan mampu nak biarkan dia menangis kelaparan kan?
Jadi cuba bayangkan maksimum 3 jam adalah masa yang sangat WAJIB untuk anda mula mengepam tanpa perlu tunggu dan merasa susu penuh/bengkak dahulu. Lakukan secara tetap setiap 2-3 jam jangan lebih. Ingat tu!
Dengan yang demikian otak dan tubuh anda sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

Tip #3 – Tandem Pumping

Hal ini boleh di lakukan dengan anda mengepam sebelah payudara sambil menyusukan anak. Langkah ini terbukti dapat memaksimakan penghasilan susu.
Apabila susu di hasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu di amalkan.

Tip #4 – Kebaikan Penyusuan Malam

Ini perkara yang saya suka sangat kerana saya tak perlu bangun untuk buat susu. Sambil mata pejam pun boleh bagi anak minum susu dan tidur semula. Haha
Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak di hasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri kita selalunya dalam keadaan tenang.
Jadi ia sangat membantu melancarkan proses penghasilan susu.

Tip #5 – Minum Air Mencukupi

Saya tak tahu orang lain, tapi secara peribadi jika saya kurang minum air memang saya dapati penghasilan susu badan saya akan berkurangan.
Penting untuk kita sebagai ibu yang menyusukan untuk mencukupkan bekalan bendalir dalam badan. Kita di sarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari.
Ketahui 6 Tips Minum Air Mudah Bagi Cukupkan Bendalir Badan Perkongsian Pakar yang menerangkan sumber tersebut boleh terdiri daripada susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa saja jenis cecair yang berkhasiat.
Hal ini sebenarnya sangat penting kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ibu itu sendiri adalah cecair.

Tip #6 – Teknik Power Pumping

Anda boleh mengamalkan power pumping  yang mana ia adalah seperti ‘mimic’ penyusuan yang sebenar bagi meningkat stimulasi otak untuk menghasilkan susu lebih banyak. Dapatkan Infografik Tips Dan Tricks Power Pumping Untuk Tambah Susu.
Secara am nya teknik ini memerlukan anda konsisten melakukannya selama 3-7 hari. Enam puluh minut atau satu jam di peruntukkan untuk melengkapkan sesi ini. Hasil yang di perolehi bergantung pada individu.
Kesimpulannya, selain itu jangan lupa berdoa agar perjalanan penyusuan anda dipermudahkan dan susu yang di hasilkan cukup untuk keperluan bayi anda. 
Banyakkan bersedekah InsyaAllah jalan anda lebih mudah. Sesungguhnya jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan membantu memudahkan urusan kita pula.
Positif, ceria dan sihat-sihat selalu ya.
Your Trusted SID 

Riza Afzan Asri 

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
 

Pos: Seluruh Malaysia
Artikel Menarik Untuk Di Baca

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..