6 Tabung Yang Setiap Orang Mesti Ada

Created with Sketch.

6 Tabung Yang Setiap Orang Mesti Ada

Enam jenis tabung ini amat berguna supaya kita boleh besarkan kapsiti tabung kita. Supaya kita boleh menjemput lebih banyak rezeki setiap hari.
Ia penting untuk mengelakkan kebocoran wang dan secara tak langsung kita menjadi Money Magnet. Dalam erti kata lain duit yang kita dapat tu menjadi lebih berkat. InsyaAllah. Berikut adalah 6 Tabung Yang Setiap Orang Mesti Ada:

Tabung No 1

Tabung NEC 55% 

Singkatan kepada necessity atau keperluan. Semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, kereta, bil dan sebagainya boleh ambil dari peruntukan tabung ini.

Tabung No 2

Tabung FFA 10%

Singkatan kepada Financial Freedom Account. Saving tetap kita. Jangan gunakan langsung untuk tempoh panjang contohnya 10 tahun. Option simpanan untuk FFA:
  • Unit trust
  • ASB
  • Fixed deposit
  • Tabung Haji
  • Beli gold
  • Simpan tabung kat rumah
Yang penting kita dah start create passive income untuk masa depan kita.

Tabung No 3

Tabung LTSS 10%

Long term saving for spending
Simpanan jangka masa panjang untuk di belanjakan. Contohnya kumpul duit untuk beli handphone, deposit kereta dan lain-lain.
In 2020

Tabung No 4

Tabung FUN (PLAY) 10%

Duit dari tabung ini baru boleh guna untuk joli, belanja makan, reward diri.
 

Tabung No 5

Tabung EDU 10%

Tabung Pendidikan 
Untuk siapa? Anak? Bukan. Untuk diri sendiri ya! Khaskan untuk upgrade ilmu contohnya pergi motivasi, coaching ataupun training. 
Ataupun guna untuk beli buku,pergi seminar dan lain-lain. Tiada alasan untuk kata tiada duit nak belanja tambah ilmu. 
 

Tabung No 6

Tabung Charity 5%

Yang ini paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma. Ia wajib ada. Tabung kebajikan begini kita boleh gunakan untuk bantu orang lain. 
Kredit: Mk Syahir
Belum terlewat untuk perkenalkan enam jenis tabung ini jika anda beluam ada sebelumya. Besarkan kapasiti tabung, lebih banyak wang yang akan masuk pada kita nanti.
 
Your Trusted SID

  ID 868991

Riza Afzan Asri
SMS/Whatsapp 012-4637064 
Email: rizaafzan@gmail.com
COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia
~Happy to share, pleasure to help!

 

One Response

  1. So far utk diri sendiri sy buat 2 tabung je.
    Tabung ASB dgn joli hihi

    BTW thanks sing ah blog sy 🙂
    Selamat hari raya Aidilfitri
    Have a good day!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..