5 Cara Memulakan Penyusuan Pertama Bayi Agar Tak Kekok

Created with Sketch.

5 Cara Memulakan Penyusuan Pertama Bayi Agar Tak Kekok

Normal sebenarnya jika anda rasa sedikit berdebar dan kekok bila mahu menyusukan bayi buat kali pertama. Semuanya serba tak kena. 
Mula la fikir macam mana nak pegang bayi yang comel tu, macam mana nak kejutkan dia dan macam mana nak bagi dia buka mulut. Tenang ibu. Tarik nafas dan lapangkan fikiran. Saya kongsikan 5 Cara Memulakan Penyusuan Pertama Bayi Agar Anda Tak Kekok.

bagaimana memulakan penyusuan

Berikut adalah 5 langkah mudah yang anda boleh praktikkan:

1. Relaks. Jika Perlu ambil nafas panjang supaya anda boleh bertenang. Selalunya saya akan buat keputusan sama ada mahu menyusukan secara mengiring atau pun duduk.

Tapi masa awal-awal dulu memang sepenuhnya duduk kerana saya tak yakin. Jadi apa saya buat adalah mencari dinding untuk tegakkan postur badan. Kemudian letak bantal kiri dan kanan tangan menyendal siku.

2.  Pangku bayi dalam posisi yang selesa. 

Setelah
rasa selesa baru saya akan riba bayi dan letakkan bantal yang nipis di
bawahnya untuk mengelakkan saya rasa lenguh meriba. Lagi satu kelebihannya ia akan memastikan bayi sentiasa dalam posisi yang betul dan saya tidak perlu menunduk.
Ingat, ketika menyusukan anda harus membawa bayi kepada anda (payudara) bukan anda yang menunduk kepada bayi. Ini penting bagi mengelakkan anda sakit belakang dan urat susu bersimpul.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah…. from iReach HD on Vimeo.
ibu yang hamil & menyusu memerlukan banyak kalsium. Kalau tak cukup, jadilah macam ibu muda ini. Lebih kesian, gejala kekurangan kalsium membuatkan gigi anaknya juga decay…

3.Perlahan-lahan, sentuh bibir bayi dengan puting anda 

Bau puting mampu membuatkan bayi membuka mulut. Ia adalah tindakan refleks yang terhasil apabila perkara ini di lakukan. 

4. Tunggu sehingga mulut bayi terbuka luas sebelum membiarkan bayi memasukkan payudara ke dalam mulut.

Langkah ini penting bagi memastikan bayi melekap dengan betul bagi mengelakkan masalah puting luka dan berdarah. Ibu-ibu boleh pastikan dengan memeriksa 4 tanda berikut:
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Bibir bawah terjuih keluar
  • Dagu menyentuh (atau hampir) payudara
  • Lebih banyak bahagian areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah
Nota: Selalunya ibu yang menyusukan kali pertama berhadapan dengan situasi puting pendek. Apa yang boleh di lakukan adalah dengan anda mencubit sedikit bahagian areola dan suakan ke dalam mulut bayi ketika dia membuka mulut dengan luas. Biarkan bayi melekap dan menghisap seketika, baru anda lepaskan jari anda yang mencubit areola tadi.
Pelekapan  yang betul juga membantu bayi anda menghisap sebanyak mungkin susu dan mendapat susu yang secukupnya.

5. Jangan bimbang jika penyusuan kali pertama tidak berjalan dengan lancar. Anda telah memperkenalkan payudara anda kepada bayi. Dan anda berdua boleh mencubanya lagi. 

Agak-agak rasa yang tak kena, boleh dapatkan nasihat dari kawan-kawan yang pro-penyusuan untuk membantu anda. Saya jamin mereka sudi meluangkan masa dan berkongsi semangat dengan ada.
Jangan tak tahu, anak yang lahir pramatang pun berjaya mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Yang penting ibu-ibu jangan mudah putus asa ya seperti kisah Puan Hidayah ni. Jom saksikan perkongsian video bagaimana beliau mampu menjayakannya.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Pengalaman menyusu anak pramatang memang menguji kesabaran & kekuatan mental. Namun, itu bukan alasan untuk gagal. Saksikan apa yg membantu beliau hingga berjaya?

Jika anda ada sebarangng pertanyaan berkenaan penyusuan dan produk yang di amalkan oleh dua orang pengguna diatas, di alu-alukan untuk menghubungi saya. InsyaAllah saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat sepanjang menyusukan 2 orang anak secara penuh dengan susuibu. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Jadi jangan malu-malu ya hubungi saya seperti keterangan di bawah:
Your Trusted SID

  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 

 

One Response

  1. cheq eem says:

    saya menyokong 100% ibu yang berusaha memberikan susu ibu untuk anak-anak mereka….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..