5 Amalan Ketika Hamil Kurangkan Jaundis Bayi Baru Lahir

Created with Sketch.

5 Amalan Ketika Hamil Kurangkan Jaundis Bayi Baru Lahir

Kebanyakan bayi memang mengalami jaundis ketika minggu awal kelahiran. Seperti saya, walaupun anak pertama dan kedua bebas dari jaundis, kelahiran anak ketiga memberikan pengalaman yang berbeza. Boleh baca Pengalaman Berhadapan Dengan Jaundis Berpanjangan Prolonged Jaundice Ketika Berpantang.
Rupa-rupanya kita boleh ikhtiar awal untuk cegah jaundis ni dari kehamilan lagi. Saya anak tiga ni pun baru tahu tau. Jadi saya kongsikan 5 Amalan Ketika Hamil Kurangkan Jaundis Bayi Baru Lahir.

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya ketika trimester ketiga. Dapatkan rehat yang mencukupi. Amalkan pemakanan yang baik dan makan vitamin seperti yang di sarankan.

2. Elakkan penggunaan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semulajadi. Bincang dengan doktor berkenaan ubat untuk bersalin dan jangan buat keputusan melulu.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa hamil untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Jaundis akan berkurangan jika bayi kerap menyusu dan membuang najis dan urin.

Boleh baca 2 Pesanan Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Supaya Tak Mudah Patah Semangat bagi ibu-ibu yang baru mahu menimang cahaya mata.


4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain semasa hamil. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.

5. Kurangkan pengambilan halia di penghujung usia kehamilan. Halia merupakan sejenis herba yang boleh meningkatkan paras jaundis.

Rujukan: Majalah PaMa September 2014
Tetapi jika anda sudah mengamalkan semua tips di atas, anak masih kekal jaundis nasihat saya berlapang dada lah. Sudah tentu ada hikmah yang Allah sedang sediakan untuk kita. Ok?
 
Your Trusted SID

 

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!

 

2 Responses

  1. MamaBard says:

    bagus info ni..tapi saya tak suka minum air kelapa.. untuk next pregnancy nanti kena paksa minum juga ni…

  2. Minum segelas seminggu pun xpe. Bidan saya ckp masa kita mengandung, urat memang tersedia kembang. So takpe minum air kelapa. Pas bersalin kena pantang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..