3 Langkah Bayi Tidur Lena Waktu Malam Agar Ibu Tidak Bermata Panda

Created with Sketch.

3 Langkah Bayi Tidur Lena Waktu Malam Agar Ibu Tidak Bermata Panda

Tidur yang lena dan cukup sangat penting bagi manja dari 0 hingga 3 tahun. Ini kerana si manja yang tidur lena akan lebih sihat dan gembira.
Anda akan perhatikan bahawa bayi ceria, kurang meragam,  dan tidak akan menangis tanpa sebab. Dan seperti bayi saya, Ainur akan nampak lebih cergas dan aktif bermain bersama abang-abangnya. Berikut saya kongsikan 3 Langkah Bayi Tidur Lena Waktu Malam Agar Ibu Tidak Bermata Panda.
bayi tidak tidur lena

Langkah Pertama – Mandian Air Suam

  • Jadikan masa mandi sebagai masa yang menyeronokkan dan menyenangkan buat anda dan bayi.
  • Tubuh si manja yang hangat, bersih dan kering akan memudahkan anda menidurkannya.

Langkah Kedua – Urutan Yang Menenangkan

  • Selepas mandian air suam, urutan lembut pada tubuh bayi akan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Anda boleh menggunakan minyak bayi bagi tujuan ini.

Langkah Ketiga – Masa Senyap

  • Pastikan anak anda tidur dalam suasana senyap. Saya akui ini perkara yang sedikit mencabar jika si manja mempunyai adik-beradik yang lebih berusia. Mungkin apa yang boleh anda lakukan adalah dengan meminta pertolongan pasangan untuk menjaga abang dan kakak sementara anda menidurkan bayi.
  • Berzikir dan membaca surah-surah lazim membantu bayi tenang. Selalunya saya akan memadamkan lampu dan menyusukan bayi serentak pada masa ini. Kiranya bonding-time saya lah. Memang mudah tidurnya. Hormon CCK dan Vitamin D yang tinggi dalam susuibu sangat membantu bayi lena lebih cepat.
Sebagai ibu bapa kita harus sedar yang masa tidur adalah penting dan dapat membantu pembanguna kognitif (berfikir) bayi. Perkara ini memang di akui oleh pakar. 

Jadi berbincanglah dengan pasangan anda bagaimana anda mahu mengamalkan rutin bilik tidur yang baik bagi memastikan bayi mendapat tidur lena dan lama. Bonusnya, anda juga mendapat rehat yang cukup.

Selamat mempraktik! 

Your Trusted SID 

ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help~

Artikel Menarik Untuk Dibaca:
1. 21 Tips Sukses Menyusu Ibu Bekerjaya
2. 9 Tips Tidur Lena Macam Makan Stillnox

 

7 Responses

  1. bayi sememangnya memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti agar badannya sihat. Tetapi kadang susah nak dapatkan tidur yang berkualiti untuk si kecil kerana perrsekitaran yang bising dan riuh suara kendaraan. Tetapi dengan adana alunan music dan bacaan ayat suci al quran sangat membantu si kecil untuk tidur.

  2. mandi air suam tu setuju.. memang cpt je tido

  3. masa yang senyap penting supaya si kecil akan mudah tidur dan tidak terganggu….

  4. asraff says:

    bayi memerlukan tidur yang cukup supaya perkembangan bayi dalam keadaan yang terbaik dan sihat….

  5. hai…Yaya Cendana BW (NO.5) dari blog uzu Emas Putih BW sini….dah follow sini…harap sudi follow yaya blek.. 🙂 mohon komen murni di sini…tq… 🙂

    http://www.yayacendana.com/2015/09/review-telur-pindang-nordin-terkenal-di.html

  6. Syuhaida I says:

    baby saya cuma akan tidur lama kalau dia minum susu banyak waktu malam sebelum tidur.btw thanks for the tips!

  7. topijerami says:

    tips yang bagus untuk bayi2 macam saya…
    ehehe
    thanks ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..
%d bloggers like this: