2 Pesanan Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Supaya Tak Mudah Patah Semangat

Created with Sketch.

2 Pesanan Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Supaya Tak Mudah Patah Semangat

Bagi Ibu yang mengandung sulung dan berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, tahniah saya ucapkan. Niat tu penting sangat supaya kita sentiasa bermotivasi untuk terus memberikan yang terbaik untuk si manja.
Tetapi langit tidak selalunya cerah. Serius saya katakan jikalau anda tidak sediakan ilmu dan kekuatan minda dan emosi yang cukup, anda akan tertekan. Jadi dari pengalaman sendiri saya rasa penting sangat nak kongsi 2 Pesanan Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Supaya Tak Mudah Patah Semangat ini dengan anda.

Pesanan #1 – Bersikap Positif

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah mempercayai keupayaan tubuh anda. Sepanjang hamil tubuh anda telah membekalkan khasiat kepada pertumbuhan bayi.
Oleh sebab itu percayalah bahawa selepas kelahiran, tubuh anda juga mampu meneruskannya. Jangan percaya iklan-iklan syarikat susu formula tu semua!
Seperti
Puan Farah ni yang begitu tekad menyusukan nak beliau. Bertugas sebagai
seorang nurse di IJN tidak menghalang beliau untuk menjayakan penyusuan
walaupun sibuk menjaga pesakit-pesakit kritikal. Semua pesakit jantung
mesti la kes berat kan?

Macam mana ye beliau jayakannya? Tonton video ini untuk tahu rahsia beliau:

Pesanan #2 – Fahami Payudara Anda

  • Semasa kehamilan, payudara anda akan terasa kurang selesa atau sakit. Jangan risau ya. Perkara ini adalah normal dan menunjukkan bahawa payudara anda sedap bersiap sedia untuk menyusukan bayi. 
  • Apabila bersenam atau bersukan, pakailah coli yang boleh menampung dengan baik.
  • Jika semasa kehamilan anda sudah perasan puting anda rata atau terbalik, segeralah berbincang dengan doktor atau jururawat laktasi tentang cara yang untuk melekapkan bayi dengan betul semasa penyusuan. 
  • Saya dulu memang menghadapi masalah puting pendek. Jadi bayi susah mahu melekap. Tetapi mujurlah ada kawan yang pro-penyusuan dapat menziarah, beliau ajarkan teknik yang betul pada saya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar selepas itu. 
Adalah normal sebenarnya jika untuk kali pertama kita masih kekok dan tak faham tentang penyusuan. Oleh sebab itu amat di galakkan untuk kita banyak membaca mengenai penyusuan sama ada dari buku 21 Tips Sukses Menyusu Ibu Bekerjaya ataupun di kellymom.com.  

Itulah pesanan Gynae yang memeriksa kehamilan saya setiap bulan untuk jayakan penyusuan. Alhamdulillah pesanan tersebut saya masih pegang sehingga kini. Tambahkan ilmu ya. Kita akan jadi lebih yakin. Susu Ibu hak anak kita. Mari jayakannya.

Your Trusted SID

 

 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar
Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 
Artikel Menarik Untuk Dibaca:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
WhatsApp Kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda..